Saturday, 28 May 2011

Ambang Asuhan Jepun : Pemilihan AJK

Assalamualaikum, semua.

Em, ni post kedua yang aku tulis hari ni, 28 Mei, walaupun previous post tu tarikh lain. Saje je alter supaya tak nampak cam boring sangat. Banyak gile kot masa aku. Hehe

Hiasan semata-mata :D


So, seperti mana tajuk kat atas tu, maka petang semalam we held an election. After a week takde official president, sekarang dah ada. Yang sedihnya (sedih?) presiden sementara tu tak diangkat jadi presiden sebenar. Bukan sebab tak layak, tapi sebab dia dulu quit. Dengarnya personal problem. Hmmm… Tapi sayang la…. Em, dah tak nak komen banyak-banyak, nanti orang fikir lain. Apapun, I like him (ni bukan confession, ok?) only because his name hampir sama dengan aku. Haha.. nice!

So, resultnya dah keluar semalam, beberapa minit je lepas election tu. Nak tahu?


Wednesday, 25 May 2011

Ambang Asuhan Jepun : Nicchoku

Assalamualaikum, semua. Ohayo gozaimasu~ *ceh, menunjuk-nunjuk*

Makin lama, makin suram blog ni aku rasa. Almaklumlah, tuan dia dah busy belaja. Hmm, busy la sangat kalau malam-malam orang semua study, dia bantai tidur. Hehe

Tak sangka aku still ada masa untuk benda ni.


Pejam celik, pejam celik dah seminggu aku kat sini. Best memang best la. Best gile kot. Lagi pulak, masuk kelas, belaja macam kat Tadika balik. Sensei (teacher) cakap, "read after me", oh serius cam budak kecik. Tapi best la, at least dapat gak nak main-main. Hahaha. Time ni je la kot nak enjoy-enjoy buat bising, gelak-gelak semua. Nanti dah start makan starch banyak-banyak (baca: kanji), nak senyum pun dah tak sempat kot.

Kan aku dah mention dalam post sebelum ni, aku akan post banyak-banyak pasal AAJ ni. The story will be one by one. Aku taknak buat overall. Sebab selain mungkin berguna kepada generasi akan datang, kot-kot 10 tahun lagi, aku rasa nak imbas balik kenangan kat sini, banyak la sikit post untuk aku senyum sensorang. Hee

So, now, its the "nicchoku" task turn. Tak faham takpe. Jap lagi explain.


Monday, 23 May 2011

Ambang Asuhan Jepun : Orientasi

Assalamualaikum, minna~~

As we all know, bermula 19hb bersamaan Khamis hari tu, aku telah bergelar pelajar U. Bangga tu! Bukan senang jadi "budak U" masa umur baru 18. Lagi pulak Universiti Malaya, tak cam gah gitu?



Aku mendaftar di Ambang Asuhan Jepun (AAJ) untuk program Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ). AAJ ialah tempat manakala RPKJ ialah programnya. Masa dulu-dulu, aku pun keliru jugak. Sebab kat blog-blog senior, mostly diorang akan mention AAJ, jarang la guna RPKJ. So, aku ingat ke AAJ tu program dia. Dah tu, RPKJ tu ape pulak? Bila masuk sini, baru aku faham.

Untuk pengetahuan korang, program ni adalah antara program-program yang "rare" cases di mana bilangan student lelaki adalah dua kali ganda student perempuan. Em, sebenarnya tak pelik pun, sebab engineer, standard la ramai lelaki... (aku risau gak sama ada boleh survive ke tak nanti~~)

Ok, enough of introduction before aku start merepek yang pelik-pelik. Entri ni pun salah satunya adalah untuk memenuhi permintaan cik timah yang sorang ni ha. So, aku nak cerita la serba sedikit yang aku tahu tentang AAJ dan RPKJ ni.


Tuesday, 17 May 2011

Persediaan ke Alam Kampus

Entri ni adalah sebahagian daripada kempen Jom Masuk U versi 2.0 oleh Iffah Syuqaira @ co.

Ok, tahu tak lawak. Takpe, tak kisah pun.

So, bila body dah emm... aku sedar aku tak reti kias-kias pasal fizikal ni. Aku reti tulis camni je. Bila umur dah lapan belas, SPM dah selesai, result dah gempak, boyfriend dah approve (apa kaitan?), mekap dah tebal, dan paling penting tawaran dah dapat, tibalah masanya untuk mendaftarkan diri untuk masuk ke U.

Kalau kena pergi sekolah balik, aku pun nangis


Oh ye, sebelum terlupa, nak share berita gembira. Alhamdulillah, I manage to secured the PSD scholarship. And so, I'll be doing two years preparation here before furthering for four years degree there. Ok, kalau tak paham, buat-buat la faham ye. Seronok sangat dapat result tu, sampai hilang jap mood nak buat post.


Jujur, sekarang ni aku tengah excited. Tapi teruja lebih-lebih tanpa buat apa-apa pun tak guna jugak. So, better aku buat preparation kan? Lebih kurang camni la persediaan aku. 

Monday, 16 May 2011

I Wonder...

I wonder why the grass is green,
And why the wind is never seen?

Who taught the bird to build a nest,
And told the trees to take a rest?

O, when the moon is not quite round,
Where can the missing bit be found?

Who lights the stars, when they blow out,
And makes the lightning flash about?

Who paints the rainbow in the sky,
And hangs the fluffy cloud so high?

Why is it now, do you suppose,
That Dad won’t tell me, if he knows?


Tuesday, 10 May 2011

Aku Terlupa Sesuatu

Salam, readers.

Ingatkan hari ni dapatla post berita gembira untuk disharekan dengan korang semua. Tapi nampaknya Allah belum bagi green light lagi. DIA nak uji aku lagi, nak kuatkan kesabaran aku. Nak test sejauh mana kekentalan mental dan emosi aku bila menghadapi cabaran. Ye lah, aku bakal menempuh duni yang penuh dengan ranjau tribulasi yang amat-amat mencabar minda, fizikal dan emosi. Jadi aku perlu sangat-sangat bersedia untuk hadapi semua tu.


Tapi, walau apapun, aku still manusia biasa. Seorang insan yang lemah juga. Tipulah kalau perkara ni sikit pun tak effect aku. Cause this is not the first time, tapi yang ketiga. Kalau yang pertama tu, boleh la dimaafkan lagi kot. Even the second time pun, I can still comfort my own self although the depression had conquered my mind. But yeah, kali ketiga. Kalau sunnah pun, kira dah lengkap la tu, dah yang last sekali. Lagi-lagi pulak, kalau nak diikutkan kebiasaan tahun-tahun sebelumnya lah, kursus persediaannya dah mula dua minggu lepas. So, tak ke risau dibuatnya?

*ok, enough. Apa yang aku merepek ni?*



Monday, 9 May 2011

Pusat Asasi Sains UM (PASUM)

Assalamualaikum, readers.
(Fuh, entri ke sepuluh baru nak bagi salam. Tak patut betul!)

Demam UPU masih tak kebah lagi. Ada lagi bunyi-bunyi di sana sini pasal result masing-masing, ada yang happy, ada yang sebaliknya, tak kurang jugak yang confused. Nak ambik ni ke, nak pergi Matrik? Biasa la tu, lumrah. Tak heran pun. Ceh, poyo gila!

Ambhik kau, senget-benget muka, teruk sangat fikir.


Time tu, aku sebenarnya dilanda sindrom kemurungan. Sebab sedih JPA tangguh lagi semakan PILN (Program Ijazah Luar Negara). Bukan kali pertama, dah masuk dua kali. Nak tahu lebih lanjut, tengok sini. Ke-depress-an yang agak terlebih tu membuatkan aku tenggelam dalam dunia sendiri jap, sampai terlupa la result UPU nak keluar esoknya. Tertahu dan teringat balik pun sebab terdengar kat TV.



Mesti korang tertanya-tanya kan apa yang aku dapat?
(Hai, perasannya. Hei, orang tak nak tahu pun la. Lagipun kami memang dah tahu)



Thursday, 5 May 2011

Yang terakhir, bukan penghujung.

Aku tak tahulah tajuk tu munasarawaksabah ke tak dengan isi yang aku bakal bebelkan. Tengok je lah nanti ape jadinya.

Buat masa ni, most SPMers (sekali pandang macam spammers) tengah berdebar-debar. Apa lagi kalau bukan sebab menunggu result-result dari application diorang keluar. Aku pun tak terkecuali. Tengah 10 sen (baca dalam English: ten cent) menunggu keputusan JPA yang tak jugak keluar-keluar.


Mei pun dah kata hai!


Mula-mula kata penghujung April. Kitorang pun tunggula. Rasanya hari-hari bukak website esila tu, nak tengok, kot-kot ada pengumuman apa-apa. Tunggu punya tunggu, sampai 29 April, petang baru keluar announcement baru. Tau apa dia cakap?