(Fuh, entri ke sepuluh baru nak bagi salam. Tak patut betul!)
Demam UPU masih tak kebah lagi. Ada lagi bunyi-bunyi di sana sini pasal result masing-masing, ada yang happy, ada yang sebaliknya, tak kurang jugak yang confused. Nak ambik ni ke, nak pergi Matrik? Biasa la tu, lumrah. Tak heran pun. Ceh, poyo gila!
Ambhik kau, senget-benget muka, teruk sangat fikir. |
Time tu, aku sebenarnya dilanda sindrom kemurungan. Sebab sedih JPA tangguh lagi semakan PILN (Program Ijazah Luar Negara). Bukan kali pertama, dah masuk dua kali. Nak tahu lebih lanjut, tengok sini. Ke-depress-an yang agak terlebih tu membuatkan aku tenggelam dalam dunia sendiri jap, sampai terlupa la result UPU nak keluar esoknya. Tertahu dan teringat balik pun sebab terdengar kat TV.
Mesti korang tertanya-tanya kan apa yang aku dapat?
(Hai, perasannya. Hei, orang tak nak tahu pun la.
Alhamdulillah, keputusan yang tidak mengecewakan. Aku dapat apa yang aku nak walaupun sebenarnya pada last-last minute tu aku dah bertukar fikiran sikit. Tiba-tiba je aku rasa cenderung ke U lain. Course still yang sama la.
Imej satelit tempat aku bakal belajar. Stolen from encik google. |
*flashback*
Memang dari dulu lagi, sejak kecik-kecik (form 4.. kecik la sangat) aku hanya target dua je universiti tempatan. Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebab tu antara U yang top kat Malaysia dan memenuhi citarasa aku. Aku agak terpengaruh jugak la dengan ranking segala bagai, maka aku meletakkan UIA di tangga kedua.
Tapi beberapa lama kemudian (macam nak berhikayat pulak), aku perasan yang UIA sebenarnya better in engineering. In fact, it has an established department of Mechatronic Engineering yang aku tergila-gilakan tu. Dorang jugak yang pertama kat Malaysia tawarkan kursus tu. Kursus ni pun memang agak baru dan rare. Tak banyak ditawarkan di institusi pengajian tinggi lain. Aku cari pun, buat masa ni tak jumpa lagi kat mana-mana.
Bila dah macam tu, tetiba pulak rasa macam nak masuk UIA. Tapi tu dah diletak di tangga kedua. Dan aku rasa cam possibility untuk aku ditawarkan kursus pilihan kedua tu agak kecil. (Agak poyo ayat ini jika dibaca dari sudut yang betul). Nak sedapkan hati sikit masa tu, kata la "Ala, asasi yang 'ni', bukan semestinya masuk U tu pun. Boleh je nak keluar."
*end flashback*
Yup, mechatronic ni gabungan engineering yang best-best! |
And now, everything is no longer a mystery. Semua orang dah tahu. Dan aku rasa sangat bersyukur sebab dapat apa yang memang dah lama diimpikan. Walaupun hati aku tercondong sikit ke UIA, tapi aku bersyukur jugak aku tak dapat UIA. Sebab dengar cerita kampus engine UIA mungkin pindah Pagoh, Johor. Ala, cam tak best je tempat dia~~
Okay, alang-alang dah termerepek pasal ni, aku rasa elok jugak aku share serba sedikit info tentang PASUM ni.
PASUM telah ditubuhkan pada tahun 1977 dan kini menawarkan tiga (campur 1) kursus yang akan menyediakan pelajar untuk memasuki fakulti yang berasaskan sains pada peringkat ijazah pertama. Dah nama pun pusat Sains, so, kiranya program sains sahaja la yang ditawarkan iaitu Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Hayat dan Asasi Alam Bina. Untuk program asasi lain yang berasaskan agama, semua tu kat kampus Nilam Puri, bukan PASUM ni.
Kita semua tahu bahawa asasi/matrikulasi adalah jalan terpantas nak masuk universiti. Cuma, kelebihan sikit pada asasi ni ialah environment kampus yang ditawarkan serta seat untuk ijazah yang lebih terjamin. Bagi aku, PASUM ni istimewa dan best sebab program asasi yang ditawarkan tidak hanya khusus untuk sesuatu bidang sahaja. Memang lebih khusus dari matrik tapi lagi umum kalau nak banding dengan asasi UIA atau tamhidi USIM. Lagi satu yang bagusnya kat PASUM ni, kot-kot kalau lepas korang masuk situ, tiba-tiba rasa cam boring, korang boleh apply untuk universiti lain masa first degree. Tapi kira rugi la sebab seat untuk korang kat situ dah lebih terjamin. Nak-nak pulak, UM ni recognised university, siapa tak nak kan?
Berkaitan dengan kursus yang ditawarkan pulak, ye, memang tiga je. Yang campur satu tu jap lagi. So, kiranya seat yang ditawarkan taklah banyak mana. Satu persepsi orang awam ialah bila korang terpilih ke PASUM ni maknanya korang nerd, genius gila. Bagi aku tak semestinya. Mungkin itu rezeki korang. Sebab ada je kawan aku yang tak straight A pun dapat masuk. So, better ubah lah tanggapan ini.
Antara ketiga-tiga program tu, Asasi Alam Bina ialah program paling baru. Pengambilan pelajar untuk batch pertamanya adalah pada sesi 2007/08. Pelajarnya memang tak ramai sebab skop pembelajarannya lebih kecil, malah bidang yang match untuk first degree pun tak sebanyak program yang lagi dua tu. Kesemuanya hanya menjurus ke arah perancangan bandar dan architecture.
Manakala program asasi yang paling untung pulak (aku rasa la) ialah Asasi Sains Hayat. Ok, nama memang Sains Hayat. Tapi jangan terkejut kalau ada lecturer masuk ajar Fizik. Sebab memang tu subjek wajib korang pun. So, kiranya kalau rasa tak mampu nak further bidang perubatan, boleh je pergi engine. Takde hal punya la. Untuk senarai penuh bidang apa yang korang boleh further lepas asasi kat PASUM ni boleh semak sini.
Akhir sekali, program "campur 1". Program ni sebenarnya bukanlah sepenuhnya tertakluk di bawah asasi UM. Atau dalam kata lain, program ni bukan UM punya. Dan student yang mengikuti program ni pun bukannya untuk masuk ke UM, tapi untuk diexport ke luar negara. Aku mention sebagai "campur 1" sebab program ni memang bertempat di UM tapi adalah suatu usaha sama antara PASUM, JPA dan kerajaan Jepun, negara di mana lepasan program ni akan dicampakkan. Nama program ni pun cam cute je, "Ambang Asuhan Jepun". Ni yang aku nak!
Apapun, aku sangat-sangat perlu berterima kasih kepada UPU kerana mengembalikan mood aku. Lepas tahu keputusan, aku rasa cam excited sangat nak masuk U. Maklumlah dah penat tanam anggur yang tak nampak-nampak langsung hasilnya. Memang ni waktu yang aku tunggu-tunggu. Sekurang-kurangnya dah ada tarikh yang pasti. Bukannya big question mark in mind macam dulu.
P.S: Aku tak sabar nak jumpa korang semua kat sana: Ayuni, Fitrah, Sepet, Firas!
7 comments:
dah ada geng nampak? haha. wehh.. ni apa cer, aku dgr cerita kursus perubatan nak dibekukan. apa ni?
kau tahu apa2 tak? sepupu-sepapat aku semua pakat nak takutkan aku ke apa?
ala.. kau pun ada geng gak kan? tak yah ar jelez.. hahha
yang aku faham la, lepas baca artikel dalam paper semalam, kerajaan takkan approve mana2 kolej baru yg nk tawarkn kursus perubatan. Kiranya kursus yang lama xde masalah. tak terjejas pun rasanya. Continue cam bese je. Jgn risau la, kau masih diperlukan utk ratio 1:400 menjelang 2020! :D
so, chill sudah ^_^
salam akak, saya minat asasi sains hayat um! boleh ka dengn result ini dpt ? 8A campur2 a tu dan 1 b+ physics . ? macam mane susunan upu anda? SOS helpp pliss TQqQ
Wslm
Maaf lmbt memberi respon. InsyaAllah result tu boleh je nk mohon asasi hayat. Letakkn pilihan pertama!
Selamat maju jaya!
Kakak, macam mana dengan yang ambil sains fizik? saya kurang faham dengan kursus yang UM tawarkan lepas ambil sains fizik. Untuk degree program apa yang boleh kita ambil lepas asasi sc fz?
kalau Yang ini,
Engineering
Science
Science and Education
Computer Science
Information Technologies
Architecture
Quantity Surveying
Building Surveying
Estate Management
cabang2 program ni boleh tengok kat mana?
Ain:
pertamanya, maaf kerana lambat sangat respon.
Untuk pengetahuan, kursus yang ditawarkan selepas habis asasi Sains Fizikal sangat luas. InsyaAllah untuk semua kursus yang disenaraikan itu (semua itu kursus untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda) boleh diambil dengan kelulusan Sains Fizikal. Untuk maklumat lanjut, boleh layari website UM.
assalam, nak tnya , lepas sains hayat, bole sambung degree apa?
Post a Comment