Tuesday, 17 May 2011

Persediaan ke Alam Kampus

Entri ni adalah sebahagian daripada kempen Jom Masuk U versi 2.0 oleh Iffah Syuqaira @ co.

Ok, tahu tak lawak. Takpe, tak kisah pun.

So, bila body dah emm... aku sedar aku tak reti kias-kias pasal fizikal ni. Aku reti tulis camni je. Bila umur dah lapan belas, SPM dah selesai, result dah gempak, boyfriend dah approve (apa kaitan?), mekap dah tebal, dan paling penting tawaran dah dapat, tibalah masanya untuk mendaftarkan diri untuk masuk ke U.

Kalau kena pergi sekolah balik, aku pun nangis


Oh ye, sebelum terlupa, nak share berita gembira. Alhamdulillah, I manage to secured the PSD scholarship. And so, I'll be doing two years preparation here before furthering for four years degree there. Ok, kalau tak paham, buat-buat la faham ye. Seronok sangat dapat result tu, sampai hilang jap mood nak buat post.


Jujur, sekarang ni aku tengah excited. Tapi teruja lebih-lebih tanpa buat apa-apa pun tak guna jugak. So, better aku buat preparation kan? Lebih kurang camni la persediaan aku. 



1. Pakaian

Kalau aku, ni yang pertama aku fikir. Aku rasa korang pun sama. Cuma beza aku ngan korang ialah benda ni yang paling last korang decide. Yelah, baju kelas lain, baju dalam bilik lain, baju tidur lain, baju pergi shopping lain, baju pergi cafe lain, hatta baju nak termenung tepi kolam pun lain. Betul la, kang pakai baju sama, apa pulak orang kata kan? Lagi-lagi yang perempuan, ehem, sorry. Tu tak masuk lagi runaway depan cermin panjang kat rumah masa nak pilih.

2. Peralatan peribadi.

Selain pakaian, peralatan ni penting jugak. Antaranya sikat, bedak, syampu, sabun, dan minyak rambut. Bahan pencuci atau detergen pun tak leh tinggal jugak termasuklah pencuci muka, pencuci mata, pencuci hidung, pencuci telinga dan pencuci mulut (?). Em, tapi aku rasalah, maskara, bulu kening palsu, wig, blusher warna kuning atau hijau, gincu purple dan biru, em, takyah bawak la kot.

3. Alat tulis

Paling penting pensel dan pen. Tak kisahlah pensel batang ke, pensel tak batang ke, tu semua tak penting. Yang penting, dah habis dah geledah satu bilik? Jumpa tak pensel tahun lepas yang dah tercampak bawah katil? Ala, kalau tak jumpa apa susah, kedai buku banyak. Even kedai runcit pun jual pensel. Pergi je lah beli baru. Emm, kayalah apek jual pensel. Tu belum kira lagi pemadam, pembaris lurus, pembaris senget, gunting, gam, highligter warna-warni, pensel warna, eh, cam nak masuk tadika lak.

4. Medical check-up



Ni sebab dorang yang suruh kan. So, wajibla buat. Walaupun kalau nak diikutkan hati, aku tak nak. Bukan pe, takut. Plus sakit! Ok, think positive. Tapi rasanya kalau korang nak pergi oversea memang 'tougher' la check up dia. Kalau takat IPTA tu, biasa-biasa je rasanya. Biasanya check-up ni sama ada buat kat hospital/klinik kerajaan atau swasta la. Yang penting homoepati, bomoh semua tak boleh pakai, tak valid.

5. Stok makanan

Ni khas bagi yang suka makan cam aku, bagi yang akan boring kalau tak mengunyah, cam aku. Untuk buat teman kat bilik, bawaklah sikit biskut-biskut, keropok ke, gula-gula dan yang sewaktu dengannya. Aku rasa korang semua dah pakar bab ni. Pasal makan, siapa tak reti.

6. Buka akaun

Kalau masuk asasi and matrik, korang akan dapat elaun. Dan untuk dapatkan elaun tu, korang akan disuruh untuk buka akaun sekian sekian. So, bukak je lah. Karang tak merasa duit "free" kang, menyesal pulak. But, the money is to be used wisely, bukan untuk shopping semata!

7. Siapkan dokumen perjanjian

Ni bagi yang dapat biasiswa. Kalau pinjaman aku tak pasti pulak. First time tengok surat perjanjian tu, takut je rasa. Sebenarnya takde apa-apa pun, cuma cara penulisan ayat-ayat tu yang mencuakkan dan menaikkan bulu roma. Memang tak dinafikan, perjanjian tu agak ketat, dan memihak kepada kerajaan. Tapi aku rasa, buat tak tau je lah. Ikut je lah. Dah kau guna duit dorang, buat la cara macam kenang budi sikit.

8. Belajar masak



Korang ingat nak kahwin je ke kena belajar masak? Nak masuk u pun sebaik-baiknya belajar dulu tau. Aku tahu kebanyakannya first year, asasi diberi keutamaan duduk hostel (eh, ye ke? aku pakai letak je ni). So, makan no problem la. Tapi kan, kan kan kan, korang (dan aku jugakla) takkan selama-lamanya dapat duduk hostel, takleh nak bebas, terkongkong. Nak gak rasa sikit freedom duduk rumah sendiri. Kena pulak yang nak fly oversea (cam aku ni), memang better belajar la masak. Tapi, kot rasa memang nak melantak maggi je hari-hari, emm, memang takyah la masuk dapur.

9. Peralatan elektronik.

Yang paling penting ialah handphone. Kang homesick susah pulak. Lagipun dalam keadaan semasa zaman sekarang ni, memang sangat perlu pun. Takyah canggih-canggih sangat, biasa-biasa sudah. Nanti kalau hilang taklah merana sangat tanggung rindu. Laptop pulak, aku tak pasti. Tapi berdasarkan pembacaan pengalaman senior yang lepas-lepas, dorang kata nak bawak takde masalah sebenarnya. Kena pandai-pandai la dan sebaiknya jangan la cari nahas, menunjuk-nunjuk time daftar. Dah dua tiga minggu lepas tu, bawaklah. Barang-barang lain aku tak pasti, tapi aku pernah terbaca somewhere, ada student pernah seludup rice cooker masuk hostel. Aku pun tak tahu apa motifnya.

10. Cari kawan.

Aku rasa ni antara yang penting jugak. Supaya kita tak terkapai-kapai keseorangan jadi kera sumbang. Memang boleh je cari kawan time registration. Tapi kalau dah kenal lebih awal, dah borak-borak sakan, kan lagi seronok. Em, kalau takde classmate yang dapat sambung sama, pun takde masalah. Sekarang kan zaman IT, klik je kat mana-mana, konfem dapatla sorang dua. Aku dah buat. Dan dah berjaya dah pun. So, still tak caya lagi?


Apa pun, untuk pastikan tak kelam-kabut, tak de yang tertinggal semua, buat la persiapan awal. Tengok cam aku, dah siap packing dah *okay, itu tanda terlebih excited*  Lagi satu, buat list barang. Insya-Allah, tak de yang terlepas pandang.

Em, kau nak buat list ke nak berangan?
 Akhir kata, selamat berjaya kawan-kawan semua~!! Fly nanti, jangan lupa aku.. *camla dia tak fly*

19 comments:

Fatimah Zahra' said...

iffah..

aku tgh konfius gila ni..
boleh tolong bagi pendapat tak?
aku tak tahu, nak masuk IB or masuk tamhidi meds kat usim tu.

demmmm.. tension gilaa..
tolong aku weh.
pleaseeeeeeeeeeeeee..

hanis-chan said...

wah. seronoknya dah packing2. hehe.
kita masih dalam dilema. -__-"

btw, good luck lah belajar nnt ye. jgn packing je gebang, study pun mesti gempak. hee.. :D

: Ili Mahira Binti Zamani said...

really agreed with you iffah! esp the agreement.. hoho..

All the best too!

p/s: brp buah beg baju bawak? hoho :p

Iffah Syuqaira said...

tim: aku komen ka blog kau :)

hanis: em, klik 'like' utk komen awk tu ^^

ili: haha.. thanks. em, xlah byk sgt. 2 je, satu sederhana besar, satu lg beg yg kecik (tepi dia bentuk bulat tu). awk dh packing dh?

AbdullahUmar said...

AAJ kn? nnt jgn jalan bwat2 x kenal.. yoroshiku onegai shimasu.. (smbil tnduk ala2 jepun)

Fatimah Zahra' said...

amboi umar gitu komen kauu?? haha, (boleh cik iffa ajo umar bhse jepun ek? kau sifu la ni..)

thanks iffah komen yang paling mantopp gitu kat blog aku. aku dah ada kecenderungan, cuma nak meyakinkan lagi je pilihan aku tak salah. btw, goodluck ap nama kau pergi ni.. AAJ? entah..

kbye.

Iffah Syuqaira said...

hahahaa..kot kalau aku rajin la..*mood poyo is on*

you're welcome, dear~~ xpe, xde hal lah tu. aku kn sayang kau, tak tau la kalau kau x sayang aku lak.. hahah..

em, aaj stand for Ambang Asuhan Jepun. Cute kn nama dia? :)

: Ili Mahira Binti Zamani said...

oo ok..kemas sikit2 je..ish..xretilah nak kemas..

hoho..macam nak masuk asrama lah plak..erk...

blh x nk bawak bilik tu je kesana? :p lalalalalala..

Iffah Syuqaira said...

mmg nk masuk asrama pun.. sbb bkn boleh balik2 sesuka hati.. hahaha..

boleh je.. tp kena cari engineer yg pandai pisahkn bilik tanpa merosakkan rmh la.. xpun mintak tlg doremon ke? :D

AbdullahUmar said...

ambang asuhan jepun.. cm tadika, kn?

: Ili Mahira Binti Zamani said...

hoho..a'aa kan..hehe..

then sume skali brg yang bawak ade bape fah?

kita sedaya upaya menjadikan barang kita sikit..hoho..

[kang senget bahu sebelah bawak brg banyak2,,huhu]

tapi tetiba xlengkap barang bila dah gi sana.. [ i'm dead! -_- jaoh tu..klantan dgn n9..huhu..]

Iffah Syuqaira said...

em, ada la dlm 4-5 buah beg2 yg kecik sederhana je. xbwk bagasi besar pun.. haha

betul tu, kelantan jauh! at least kl boleh gakla balik tiap2 minggu. em, pasni ili kecek kelate la ^^

syazwani said...

iffah, AAJ daftar bila?

Fatimah Zahra' said...

(soalan umar tak dilayan meh aku jawab)


ALOLOLO.. SEYES MACAM TADIKA GILE LAA.. DIK UMAR NI NAK MASUK TADIKA YEW. ALOLOLOLO

(meh lempang sekali..)

: Ili Mahira Binti Zamani said...

.. oo..okok..tq a lot fah btaw,,lega skit ati ni..

xdela..tkot kita sorg je bwk beg banyak NT....jenuh nnk seret beg tu..huhu


MAAAAAAALLLLLLLLLLLUUUUUUU weeeeeeehhhhhhhhhhh.. kalo sorg2 bwk..kalahkan nk duk 10 tahun..padahal 2 tahun je kott...

erk [terlebih sudah,,hehe]


haha..xpe bia pandai kecek klate..tp loghat negeri ttp dihati ku..kui3... :P

ni kalo balik pon..alamatnye sebulan sekali la kot..hoho..
naik bas,,tapi cm seronok je..haha
adventure !

cuma bila 1st tyme nak dtg tu jelah kan.. kena membawa barang.nak pindah umah baru kek klantan..haha

^_^

Iffah Syuqaira said...

syazwani: aaj daftar 19 Mei hari tu. :D

timah: rajin kau melayan ye?

ili: HAHAHA.. em, apa2 pun all the best nk survive kat negeri orang tu. Barang byk2 tu bese la.. sume orang pun camtu.. lg2 yang dr saba sarawak, johor, kedah, perlis.. silap2 lg byk kot ^^

: Ili Mahira Binti Zamani said...

a'aa kan..harap2la..

ok thanks a lot fah! ^_^

MAy Allah Bless U.

Ukhuwah fillah fi amanillah.. :)

Fatimah Zahra' said...

ouh man?? kau dah daftra masuk laa ni??

ohmaiii.. seryes? best tak AAJ?? ce citer ce citer

Iffah Syuqaira said...

em, nnti aku citer.. best la.. aku rasa best walaupun kelas belum mula lg and rmai gile laki.. plg best, orientasi 2 hari je ^^