Wednesday 25 May 2011

Ambang Asuhan Jepun : Nicchoku

Assalamualaikum, semua. Ohayo gozaimasu~ *ceh, menunjuk-nunjuk*

Makin lama, makin suram blog ni aku rasa. Almaklumlah, tuan dia dah busy belaja. Hmm, busy la sangat kalau malam-malam orang semua study, dia bantai tidur. Hehe

Tak sangka aku still ada masa untuk benda ni.


Pejam celik, pejam celik dah seminggu aku kat sini. Best memang best la. Best gile kot. Lagi pulak, masuk kelas, belaja macam kat Tadika balik. Sensei (teacher) cakap, "read after me", oh serius cam budak kecik. Tapi best la, at least dapat gak nak main-main. Hahaha. Time ni je la kot nak enjoy-enjoy buat bising, gelak-gelak semua. Nanti dah start makan starch banyak-banyak (baca: kanji), nak senyum pun dah tak sempat kot.

Kan aku dah mention dalam post sebelum ni, aku akan post banyak-banyak pasal AAJ ni. The story will be one by one. Aku taknak buat overall. Sebab selain mungkin berguna kepada generasi akan datang, kot-kot 10 tahun lagi, aku rasa nak imbas balik kenangan kat sini, banyak la sikit post untuk aku senyum sensorang. Hee

So, now, its the "nicchoku" task turn. Tak faham takpe. Jap lagi explain.




Lepas lecture, kitorang akan ada tutorial. Untuk tutorial ni, pecah 6 kelas. Aku kelas first. Dah aku perempuan first dalam list nama *fuh, list name ni nightmare la bagi aku~~~* Dalam setiap kelas tu, average dalam 17-18 students. Nama disusun ikut abjad.

Kitorang kat sini memang takde ketua kelas tetap. kitorang guna sistem rotate. Nama yang first jadi ketua atau Jepun cakap "nicchoku" untuk first day. Yang kedua pulak besoknya. And so on la.

In that name list, nama aku yang kedua. Sebab aku terlebih awal dari segala 'Ahmad' semua. Oh, that fact memang sangat menyakitkan. Aku sangat-sangat la tak boleh nak imagine kalau combine semua kelas, pastu susun ikut nama. Oh, tidak! Aku prefer jadi halimunan time tu.

And so, turn aku hari Selasa hari tu. Sehari sebelum tu, asyik fikir je sal tu. Cuak je rasa. Aku tak risau sangat pun yang part jumpa cikgu kat bilik guru tu. Hafal je la kot. Untuk pengetahuan, antara tugas nicchoku ni ialah jumpa cikgu yang first period pagi dan first period lepas rehat. Tanya la kot-kot ada apa-apa yang perlu dibantu. Part tu kira boleh la ditoleratekan lagi. Tapi segan gak, sebab kelas lain semuanya lelaki. Aku je satu-satunya perempuan. *Kalau nak best, maybe aku patut tukar, ambik hari Khamis. Sebab hari tu semua perempuan (except kelas aku). Kenapa la tak terfikir awal-awal sikit?

Anyway, hari apa pun sama je. Sebab bagi aku cabaran terbesar ialah kat dalam kelas. Seb baik kelas tak besar mana, kalau tak, suara "emas" ku ini takkan kedengaran la jawabnya. Mula-mula agak malu la jugak nak bagi greeting tu. Segan la kot, dah la kelas ramai lelaki. Nak-nak pulak aku ni yang memang terkenal pemalu. Opss, perasan terlebih. Maaf. Tapi kesian la kat diorang semua, sebab aku selalu lupa nak suruh duduk. Ok, chokichoki.

Lagi satu problem besar, masa nak bersihkan whiteboard. Dah lah aku ni memang "tinggi" sangat. Sabar je lah. Asal cikgu keluar, teragak-agak je, nak ke depan ke tak nak. Tapi kaki dah jalan, so pergi je lah. Rezeki jugakla kot, cikgu tak tulis banyak sangat kat whiteboard. Ada pun period sebelum rehat. Aku ingat nak padam bila masuk kelas nanti, tengok-tengok tulisan tu dah hilang sendiri. Bagus la kau whiteboard, memang membantu betul. :D

Whiteboard tinggi ni je ok tak?


Sebelum aku end this entri yang takde pape, better aku summarise sikit la tugas nicchoku ni:

1. Sebelum masa pertama pagi dan lepas rehat, kena pergi bilik guru, jumpa cikgu.
2. Bagi greeting sebelum kelas dan setelah habis. Dalam bahasa Jepun.
3. Baca doa sebelum kelas mula.
4. Kumpulkan kerja rumah atau apa-apa yang perlu dihantar
5. Pulangkan kerja rumah atau kuiz yang semalam punya.
6. Bersihkan whiteboard.
7. Nicchoku hari Khamis, kena photostat jadual bagi kat kawan-kawan semua.
8. Apa-apa tugas tambahan.

Yang aku buat hari tu cuma nombor 1,2, 6 dan 8 je. Yang 8 tu pun taklah berat sangat. Nombor 3 tu, sebab aku perempuan, so tak payah buat. Ada volunteer yang tolong. *Betul ke dorang volunteer? Haha, terima kasih banyak-banyak tau. Well, tu la untungnya turn awal-awal. Tak banyak kerja lagi. Alhamdulillah, cabaran ni dah selesai. Sekarang ni aku boleh rileks je, tunggu sampai sebulan lagi kot baru turn aku balik.

P.S: Apa yang aku tulis sebenarnya? Rasa cam buat diari pulak...

No comments: