Tuesday, 10 May 2011

Aku Terlupa Sesuatu

Salam, readers.

Ingatkan hari ni dapatla post berita gembira untuk disharekan dengan korang semua. Tapi nampaknya Allah belum bagi green light lagi. DIA nak uji aku lagi, nak kuatkan kesabaran aku. Nak test sejauh mana kekentalan mental dan emosi aku bila menghadapi cabaran. Ye lah, aku bakal menempuh duni yang penuh dengan ranjau tribulasi yang amat-amat mencabar minda, fizikal dan emosi. Jadi aku perlu sangat-sangat bersedia untuk hadapi semua tu.


Tapi, walau apapun, aku still manusia biasa. Seorang insan yang lemah juga. Tipulah kalau perkara ni sikit pun tak effect aku. Cause this is not the first time, tapi yang ketiga. Kalau yang pertama tu, boleh la dimaafkan lagi kot. Even the second time pun, I can still comfort my own self although the depression had conquered my mind. But yeah, kali ketiga. Kalau sunnah pun, kira dah lengkap la tu, dah yang last sekali. Lagi-lagi pulak, kalau nak diikutkan kebiasaan tahun-tahun sebelumnya lah, kursus persediaannya dah mula dua minggu lepas. So, tak ke risau dibuatnya?

*ok, enough. Apa yang aku merepek ni?*





Macam orang lain gak, sebelum jam 5 aku dah menanti depan PC. Sambil-sambil tunggu tu, cam biasalah, bukak fb dulu, tengok-tengok sesape yang senasib. Borak-borak jap untuk hilangkan nerrvous. Tapi mata memang tak lupa nak jeling-jeling kat jam komputer tu. "Aik, dah pukul 5 dah, mana nyer?"

Ok, baru 5 minit. Rilek dulu. Mungkin dorang ada hal, lambat sikit kot.

Sambung borak lagi.

Menjelang 5.30 baru aku sedar, ada announcement ni kat web tu, aku je yang tak perasan awal-awal:


JPA masih lagi memproses permohonan PILN 2011.Keputusan permohonan dijadualkan dikeluarkan dalam minggu ini.Sila layari laman web http://esilav2.jpa.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengikuti perkembangan terkini permohonan Program Ijazah Luar Negara 2011. Jabatan ini memohon maaf di atas kesulitan yang dialami.

Oh, nampaknya, kami bukan sahaja diuji dengan ketahanan menunggu, malah siap dengan pakej teka-teki lak tu. Hmm, sabar je lah.

Dalam keserabutan aku melayan perasaan tu, satu pesanan tiba daripada ayah aku. Sesuatu yang aku terlupa. Yup, aku memang terlupa dek terlalu mengikut perasaan. Ya Allah, hamba-Mu ini sering lalai dan alpa, bimbinglah diriku ini Ya Allah.

Ingatan tu pendek je, tapi sangat terkesan di hati:

"Kenapa sedih-sedih macam ni? Kita kan orang Islam. Dah, dah, pergi ambil wudhu' lepas tu mengaji."

Masya-Allah! Simple sangat ingatan tu. Tapi itulah yang aku terlupa. Sebab terlalu melayan emosi tak stabil, maka mudahlah bisikan syaitan mencemari fikiran.



Aku tersentak sekejap masa come across ayat-ayat ni. Subhanallah! Benarlah Al-Quran itu mukjizat teragung. Kata-kata Allahyang mulia. Ayat-ayat cinta buat hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui gelora di hati kita, maka mohonlah petunjuk dan hidayah dari-Nya.

Dan aku pasti, perkara ni pernah jugak terjadi kat korang semua. Tengah-tengah baca Al-Quran, ayat yang sangat kita perlukan time tu muncul. Alhamdulillah, sekarang aku rasa sangat tenang. Aku akui aku insan yang lemah. Tapi aku tak boleh terus begitu. Aku perlu kuat. Kalau tak macam mana nak menghadapi masyarakat Jepun?


Aku bersyukur sekurang-kurangnya Allah tak hantar berita buruk. Cuma khabar penangguhan yang tak pasti sahaja. Insya-Allah, ada hikmahnya~

Edit: Sebenarnya aku sangat tak patut jadi camni. Sebab baru aku perasan kat luar sana tu lagi ramai yang tengah risau takut tak dapat scholarship. Tapi, aku ni ikut perasaan sangat. Ala, alasan je semua tu! Ok, so, pasni aku tak boleh buat camni lagi. Apa-apa hal pun, cool je~! Chill sudah, bak kata Timah :D


P.S: Aku paling suka status Iman kat Facebook:
the best wakenabebb ever--->jabatan perkhidmatan awam ♥ seronok !

5 comments:

Fatimah Zahra' said...

sabar iffah. sekarang aku rasa semua scholarship pun tangguh sbb pembekuan medic tu. so, dia kena cari students lain untuk consider masuk engineering ke, apa ke. sebab medic byk tempt kosng, kenalh cari pengganti.

faham tak?

ps: scholar tahun ni mybe tak hntr student medic sbb kerajaan kata ada lambakan doktor. whatthee??

Iffah Syuqaira said...

thanks timah. Hmm, aku ni asyik fikir sal kos aku je smpai terlupa lak kemungkinan tu. Mesti dilema budak medic (cam kau) lagi teruk drpd aku.. apa la aku ni kn.. ntah pape betul... hahaha

ps: are you sure? sbb mengikut kefahaman tu, pembekuan tu hanya utk kursus yg baru nk diestablish. x tau pula scholar pun terlibat jugak. tp kalau kata scholar medic dikurangkan, maybe la kot.. apa2 pun, kau pun sabar gak.. ^^

.y.a.n.a. said...

yeke ? takan lah smpy cm tuh skaly ? lambakan apenye ? manjang takde doc jea dekat hospital tuh . berkira betul ! cuak neyh cuak . :(

Iffah Syuqaira said...

takpe fit, sabar je (cam aku ni yg... hehehe, bajet sabar je) insya-Allah ada rezeki kau nnti, aku sentiasa doakan ^_^
kdg2 aku pun x paham dgn org govt ni...

امىرا ءلىانى said...

Hehe tak sia sia kan sabar. Waahh syukur, kita happy utk awak :)