Thursday, 28 February 2013

BTN : Mencetus pemikiran baru

Assalamualaikum



Entri tergendala.
Tarikh yang tertera dan tarikh sebenar ditulis, berbeza.
Hampir seminggu tersimpan sebagai draft yang dijenguk hari-hari.
Tanpa ada sebarang perubahan.

Haish, susah sangat nak dapat mood dan feel menulis tentang BTN ni.


Kesan mengikuti BTN : menjadi semakin malas.
Adakah ini benar?

--> Em, kalau dah memang semula jadi malas tu, takyah nak salahkan kursus pulak. Mengaku je.

Ok fine.


** intro tamat **


Umum mengetahui bahawa BTN atau nama penuhnya Biro Tata Negara termasuk dalam salah satu syarat untuk melayakkan diri melanjutkan pengajian ke luar negara kerana di kursus ini penerapan nilai-nilai kenegaraan dan nasionalisme diterapkan secara intensif.

Kami, pelajar Program Akademik Jepun juga tidak terkecuali. Kem selama seminggu iaitu pada 18-22 Februari, bertempat di Kem Bina Negara (KBN) Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan.



Sebelum ke BTN, aku diberi persepsi bahawa BTN ialah tempat di mana mahasiswa dan juga kakitangan kerajaan di'brainwash' agar menyokong kerajaan. Washing machine Panasonic yang diguna bersama-sama clorox. Cuma hasilnya tak putih, tapi biru pekat. Em...

Di samping itu, aku ada juga membaca perkongsian pengalaman di beberapa blog. Kebanyakannya mempunyai persepsi agak negatif sebelum menyertai, namun setelah tamat persepsi tersebut bertukar menjadi positif. Malah banyak yang mengatakan BTN amat best!

Mungkinkah setelah menyertai BTN, aku juga akan berfikiran begitu?



Lagu tema BTN


Ketepikan dahulu impak kepada aku selepas BTN.

Aku nak kongsikan sedikit pengalaman.



Slot yang aku rasa paling menarik ialah slot tayangan video pada Khamis petang. Satu slot ganti kepada aktiviti riadah, memandangkan cuaca tidak mengizinkan untuk aktiviti luar diadakan. Dengarnya perancangan sebenar nak diadakan aktivti senamrobik. Jurulatih dah siap sedia dengan laptop dan P.A sistem dah kat dataran. Tiba-tiba hujan. Em, nak buat macam mana, hujan mana boleh tahan.

Semua masuk ke dalam dewan. Lampu dimatikan. Langsir ditutup. Sumber cahaya hanya dari video yang terpasang. Memang tak ubah seperti pawagam mini.




Video yang ditayangkan bertajuk "Dugaan Negara". Mengisahkan tentang perjuangan menentang komunis dan kemerdekaan negara. Ye, aku tahu, sejarah itu membosankan. Dalam sejarah memang banyak yang syahid. Tapi mungkin yang menonton sejarah lagi banyak yang syahid kot.

Tapi aku memilih untuk menonton. Sambil cuba berfikir secara kritis signifikan video tersebut ditayang. Em, bukan nak menidakkan pentingnya mengetahui sejarah kemerdekaan negara, cuma sedikit tertanya-tanya, kenapa video ini yang menjadi pilihan? Kenapa bukan video lain?

Sama ada masih dilingkari persepsi negatif atau aku terlebih fikir. Tak pasti.

Aku menonton sambil menghayati, dari mula hingga akhir. Sehingga video tamat, tiada perkara di luar jangkaan berlaku. Tiada agenda tersembunyi. Hanya video sejarah biasa yang membosankan. Yang ditayang bertujuan menaikkan semangat patriotisme yang semakin luntur dalam kalangan anak muda masa kini. Aku je yang terlalu berprasangka. Ish, ish, tak baik.


Cuma yang menjadi luar biasanya ialah aku. Cara aku berfikir. Tiba-tiba sudut pandangan aku tentang video itu jadi berbeza. Aku tak lihat atau tonton sebagai satu video sejarah yang me-mengantuk-kan. Tak juga sebagai video aksi hitam putih yang hebat. Tapi sebagai satu video yang membuktikan sejarah itu sentiasa berulang.

Satu video yang mengesahkan kekuasaan pemerintah dan sikap mereka dalam mempertahankan kedudukan.
Satu video yang mendedahkan peranan media utama dalam mempengaruhi orang awam.
Satu video yang menunjukkan kepentingan penyusunan strategi yang baik serta penyatuan masyarakat.
Satu video yang mengingatkan bahawa banyak perkara yang berlaku tapi orang awam tidak tahu.

Dan mungkin banyak lagi, jika dihayati dengan mata hati.

"People only see what they are prepared to see"
- sekadar meng'highlight' tulisan putih yang tak nampak tu.

Keseluruhannya, BTN ialah kursus yang mencelikkan mata hati, menjadikan lebih kritis dalam berfikir dan berhati-hati serta matang dalam membuat penilaian. Tambahan pula, fasiliti di KBN Nilai berkeadaan baik, persekitaran yang tenang, kawasan yang tidak besar tetapi kemas dan tersusun menjanjikan keselesaan kepada peserta. Perkara-perkara ini adalah suatu yang harus disyukuri.

Secara amnya, matlamat BTN untuk menyemarakkan semangat kenegaraan dalam kalangan generasi muda adalah suatu usaha yang patut dipuji. Namun mungkin sedikit saranan agar masa yang diperuntukkan digunakan sebaiknya untuk menerangkan perlembagaan Malaysia secara keseluruhannya. Aku difahamkan bahawa Perlembagaan Persekutuan mempunyai 16 bahagian dan 183 perkara. Rasanya 16 jam PKPK itu cukup untuk mengajarkan kesemuanya sekiranya perkara 153, perkara 161 (A), perkara 3, perkara 152 dan perkara 160 tak diulang lebih 10 kali.


Kepada yang belum pernah ke BTN, usah hiraukan kata-kata negatif yang orang katakan. Pergi dahulu baru tahu. Tapi pergilah dengan mata hati dan akal yang celik isu semasa. Dengar dengan teliti dan nilaikan sendiri.

Firman Allah s.w.t:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti (untuk menentukan kebenarannya), agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" [Al-Hujurat : 6]




Banyak perkara disampaikan secara tersirat. Mungkin pengisian dalam BTN begitu.

Dan mungkin entri ini juga begitu.



Wallahua'lam.

16 comments:

AbdullahUmar said...

x mcm yg aku harapkn dr ko. anyway, nice review. =)

Anonymous said...

1 MALAYSIA!!

Anonymous said...

ape yg hang nk ckp senanye nih? xphm la...sastera tggi sgt...

Anonymous said...

Kpd yg xpnah g lagi btn,jgn risau.ianya sama spt kbr angin yg korg dgr juz skg pnye btn dorg gne pndekatan lain,tiada lg kekasaran.skg ni mereka pkai otak,mracuni pkiran dak2 mlayu knonnya dorg mpjuangkn hak mlyu..dorg akn buat kte lbih bnci kpd non bumi, dan takut pd prubahan...asyik ckp sal bsatu tp mksd bsatu dorg tu pon dh mnyeleweng...klau ustaz tazkirah pg yg dorg jemput pon boleh ckp sal politik,bias lak tu,,apatah lg org2 dorg yg pmikran dah karat sribu mmg x mgkn dpt diubah dah.

Anonymous said...

wow.. nak bg komen negatif pun x pyh ar smpai nak mengata kat ustaz . mungkin tu kelemahan ustaz tu tp at least hormat ar sikit. ustaz2 tu bg ilmu kat kita n kita lak mengata macam2 kat dia, x baik ar cmtu. meracuni pikiran budak melayu? ye ke..? kata da pegi BTN, x kan nak highlight suma yg negatif ja. benda baik pun ade gak k. kat sana diorag jaga gak bab2 solat berjemaah n ade gak tazkirah pas solat. nak harap solat berjemaah kat rumah, belum tntu semua org buat kan. sbut tntg hak2 melayu, memang kadang2 hak tu cam x adil buat bangsa len tp hak2 istimewa tu gak yg tolong bantu org2 melayu kita berjaya. hak2 tu gak yg bleh tolong org melayu study tinggi n dpt bangunkan agama Islam kat Malaysia nih. lgpun pemikiran suma org lain2 n suma tu pengaruh drpd persekitaran kita n dari org2 kat sekeliling kita gak. btw, BTN ni memangla x sumenye baik tp at least amik ar perkara yg baik kat program ni even sikit pun. sperti kata blogger ni, AKAL TERPIMPIN HATI TERDIDIK ><

324yuki said...

sgt stuju ngn komen ats ni(tgk ats sket,jgn ats sgt, ats komen ni je=.=]/ ).andai kata hati n akal kita sudah anggap satu bnde tu buruk, maka baik mcm mne pon ia akn jd buruk.andai kata kite neutral, boleh thn lg.sbb still bleh m'bndg baik n buruk.kalo baik tu baik la.depends on ape kite nak, btol x?kite nk yg baik amek la yg baik, kn?sgt xstuju dgn org yg hnye pk negatif je slalu tntg BTN ni.bleh jd sbnrnye otak die yg karat n dah diracuni, bkn?BTN bkn paksa ikot mne2 parti politik, kita ad akal terpimpin n hati yg terdidik, so kenapa tidak berfikir dahulu, bkn?eh, jap.bkn ak yg patot bg tazkirah kt cni.gomennasai.(T_T)
teehee~ =.=)>

*btw,nice post.keep 'em coming

Anonymous said...

mmg nak mngata pon ustaz"tazkirah" pagi tu.lg sorg tu ok. aktiviti lain aq sokong, yg aq x sokong cuma sesi wacana minda n LDK tu. hak melayu ea?hmm,aq x ckp pon suruh bubar tp x rse ke cara dorg ckp mcm dorg tu suma baik n org lain tak baik."BTN ni memangla x sumenye baik tp at least amik ar perkara yg baik kat program ni even sikit pun",hmmm,masuk disko pon bole amek mende positif klau camtu,haha.akhir kata,sokonglah kerajan!

Anonymous said...

Apabila umatku MENGAGUNGKAN DUNIA, KEHEBATAN ISLAM AKAN DICABUT daripada mereka.
Apabila mereka MENINGGALKAN AMR BIL-MAʿRUF dan NAHY ʿANIL-MUNKAR, mereka AKAN DILUPUTKAN DARIPADA KEBERKATAN WAHYU
dan apabila mereka CACI MENCACI ANTARA SATU SAMA LAIN mereka akan GUGUR DARIPADA PANDANGAN ALLAH s.w.t.

umar said...

Xpyhla komen bwh nama anonymous. Letak nama. Kau kena tggjawab atas apa kau ckp.
. Manusia komplen ikut apa dy percaya. Mentaliti dy. Cuba kalau ustaz tu komplaIn or kutuk sket apa kerajaan buat, kompem kau x bising.
Kalau kau pro kerajaan, kompem kau akan nmpk semua baik kt btn. mcm tu la sblknye. Antara dua bnde, xde yg semuanya baik. Kau sendiri pernah kutuk sana sini. Carik yg baik. Ambik. Nmpk yg buruk. Buang.
Apapun, truskn kecelikan kau kt politik. Jgn jadi buta.

irmujahidah said...

jika Allah nak beri kemenangan kepada tentera,umat Islam,Allah tidak akan pandang kekuatan musuh Islam (senjata,kapal perang,bilangan tentera=media bias,kuasa diktator) tetapi Allah lihat kekuatan tentera,umat Islam sendiri (keyakinan,kebergantungan sepenuhnya pada Allah)


*sekadar renungan bersamai

324yuki said...

maka dgn ini diharap sume rilek kjp yea^^.kite sume komen ni bkn dgn emosi kn?(harap2la ye=p).ni kite sume da b'fikir dr sume sudut blom?kalo blom tlg fikir2kn ye^^.xadil la fikir dr sudut kite je kn.(kan3?=v=)kalo ak nk fikir dr sudut ak ni ad je bdak skola rndh(xmtg la tu =p) yg brani komen kt cni.kutuk org sne cni tnpe fikir dr plbgi sudut.hi3.msti marah sape yg terasa tu kn?(xmrh pon xpe^^).tp ak fhm org tu pon ad alsn die.dihrp agar lbih meluaskn minda dlm berfikir ok?jap.msok disko amek bnde positif?minx maaf.xfhm la knape analogy ni dipakai.disko tmpt KHAS org wat maksiat.TERANG2an maksiat.BTN?jap eh dkt BTN ad surau, ad tazkirah, solat jemaah 5 waktu, ad pngisian ilmiah.TERANG2an maksiat eh?tmpt KHAS org wat maksiat eh?errr..ye kot(bg org yg bg analogy tu la=.=)b)
*dah nmpk blom mne silapnye?ku3~ =w=

Anonymous said...

tp klau dia masuk nak tarik adik perempuan dia kluar?kikiki,xdelaa :p kalau nak lawan cakap, memang payah nk menang sbb ilmu aku sgt sket. kamu semua hebat2,petah berbicara. sering ada ayt untuk mnenangkan suasana,buat korg nmpk hebat,bijaksanana n matang. sorry aku msih x mmpu utk capai tahap korg. Pasal npe aku guna Anonymous ni kn,aku taknak hubungan sesama kita jadi rosak,aku x rasa kita perlu bertelagah lgsg pasal hal ni luar daripada blog ni.kepada admin blog,mntk maaf sbb mngotorkan entri ni dgn komen2 drpada "Anonymous".

idopislamutkdunia. yeah! said...

heheh. peace2. tp aku senanye same je idea ngn kau. aku harap gak PRU ni ada bnde baru yg jadi. cuma bila fikir2 balik, one who live with hatred wont get anything back in return except hatred. ayt aku cm kasar kot. tp aku tulis senyum2 je.
ore, sono bun ni kinishita nara, moushiwakenakatta.

Wan Noruddin Rasol Wan Azmi said...

stuju2. untuk anon, tak ada masalah pun kalau rasa ilmu kau sikit pun, tak apa sebenarnya. Nasihat siapa pun berhak didengari. Kebetulan teringat kata Saidina Ali, yang korang pun selalu dengar,


لا تنظروا إلى من قال انظروا إلى ما قال
Bermaksud: “Janganlah kamu melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan."

Sama juga bagi fesi2 btn, biar apa pun latar belakang n katakan kalau betul pun diorang ada agenda, kata2 nasihat dorang yang baik masih berhak didengari. Mungkin ada yang kata, tu lagi menyenangkan diri kita dibrainwash sikit2 kan, tapi aku rasa bagi orang berilmu n cerdik macam korang menolak kebenaran tu lah sebenarnya perangkap untuk korang berubah pendirian. So instead, kita tapis mana yang baik dan apply, boleh j.

Lagipun aku percaya korang masing2 datang dengan "perisai" masing2 kan. tu pun still boleh terima mana yang baik. Bagi aku tu satu sifat analytical yang boleh dipuji. Bukti korang tak berkaca mata prejudis. apa2 pun nice post. Wallahu A'lam.

Anonymous said...

soalan test btn tu tak kuar pon perkara~~ dalam perlembagaan!menyesal gua bace

IffahNasr said...

Salam..
Sijil btn tu memang penting ke???
Ada ke yang kna tahan scolarship sbb x lulus exam..??