Saturday 30 March 2013

Baiknya makcik コーナン

Assalamualaikum



Sehari selepas aku menuli entri ini, terjadi suatu peristiwa yang membuatkan aku benar-benar kagum dengan Jepun dan masyarakatnya.

Oh ye, tulisan Jepun tu, bunyinya "Konan". Bukan Conan detektif yang tak besar-besar tu, tapi Konan ni ialah kedai yang menjual perkakas harian, termasuk barangan elektrik, bantal dan tilam, sabun pencuci dan juga pokok bunga serta keperluan berkebun.

Kisahnya begini......




Aku, seorang sahabat yang bakal menjadi jiran bilik, bersama dua orang senior, pergi ke kedai ini untuk mencari sedikit keperluan sebelum masuk ke asrama dua hari lagi. Kedai tersebut sangat besar, menyebabkan kami mengambil sedikit masa untuk mencari barang yang diperlukan.

Jalan....
Jalan.....
Jalan......

Haa, jumpa!


Setelah membelek-belek untuk beberapa minit, aku bersetuju untuk membeli. Harga yang tertera ialah 4480 yen. Di Jepun, tak jumpa lagi kedai yang ada tawar-mmenawar, maka, harga yang tertera itu lah, yang perlu dibayar. Aku pun pergi ke kaunter dan buat pembayaran.

Setelah selesai pembayaran, dan sambil-sambil menanti rakan memilih barang-barang, aku merayau-rayau di dalam kedai tersebut. Tiba-tiba, aku terjumpa produk yang hampir serupa dengan barang yang aku beli tadi, tetapi dengan harga lebih murah. Hati mula berbelah bahagi. Terasa nak tukar.

Dengan takut-takut, aku menyuarakan hasrat kepada kakak yang menemani kami. Akak tu pun tak tahu sangat dan dia syorkan untuk bertanya kepada seorang makcik yang lalu di situ.


Senior : Makcik, kalau kami nak buat pertukaran barang, boleh tak? Barang tu dah dibayar.
Makcik : Boleh, tapi...
Aku : tapi apa lak ni? *telan air liur*
Makcik : Kena tunjuk resit pembayaran
Aku : laa... tu je. Ingat apa tadi. Buat saspen je la makcik ni.
Makcik : Bawa barang ni ke kaunter khidmat pelanggan (sambil menyorong troli berisi barang yang aku bayar tadi)


Di kaunter khidmat pelanggan...


Aku menghulurkan resit.

Senior : Makcik, harga barang ni ada perbezaan, macam mana ye?
Makcik : Tak mengapa, nanti saya kira semula. Bayar yang nak je.

Kemudian makcik tu membelek barangan tu sekejap sebelum beralih ke arah aku.

Makcik : Jumlah harga yang baru 3378 yen. Kurang 1000 yen. Betul kan?

Bertanya untuk kepastian. Aku angguk. Kemudian makcik tu memulangkan kembali duit bayaran aku yang mula-mula, dan minta aku bayar semula. Selesai urusan, aku menanti di tepi kaunter, menunggu sahabat yang masih belum selesai urusannya. Ada sedikit 'komplikasi' kerana salah satu barang yang dibelinya ada kos penghantaran, manakala satu lagi tiada.

Sedang dia berkira-kira untuk membayar kos penghantaran tersebut, aku terdengar makcik di kaunter itu memberi cadangan.

"Kalau jumlah belian kamu melebih 10,000 yen, kos penghantaran akan automatik jadi free. Macam mana kalau saya kira sekali dengan barang kawan kamu (merujuk barang aku), boleh?"

Of course la setuju kan.

Makcik tu pun kira. Tengok-tengok ada kurang dalam 400 yen. Lebih kurang la. Satu lagi babak termenung sambil berfikir. Kemudian makcik tu memberi cadangan lagi.

"Saya rasa lagi baik kalau kamu beli satu lagi barang untuk cukupkan harga ni. Tak kisah apa-apa. Lagi untung, saya rasa."

-------------------------


Sehingga tiba di rumah, aku tak habis-habis memuji makcik tersebut. Terasa sangat kagum dengan nilai yang ditunjukkan mereka. Walaupun hakikatnya mereka yang rugi. Tapi langsung tak berkira. Pelanggan dilayan seperti raja di Jepun. Terasa malu kerana etika ini sangat sukar ditemui di tanah air, sebuah negara yang mengaku negara Islam.


Wallahu'alam.

1 comment:

irmujahidah said...

sou2.suka kot shopping kt nihon.tapi at the same time bahaya,sakit jiwa *u know what i mean :)

erm,paling best customer service.siap chanto lipat baju yg ktorang beli.ak offer la nk tolong skali,mmg sampai ke sudah dia tunduk2 tak bagi gak ak tolong,hoho