Thursday 5 May 2011

Yang terakhir, bukan penghujung.

Aku tak tahulah tajuk tu munasarawaksabah ke tak dengan isi yang aku bakal bebelkan. Tengok je lah nanti ape jadinya.

Buat masa ni, most SPMers (sekali pandang macam spammers) tengah berdebar-debar. Apa lagi kalau bukan sebab menunggu result-result dari application diorang keluar. Aku pun tak terkecuali. Tengah 10 sen (baca dalam English: ten cent) menunggu keputusan JPA yang tak jugak keluar-keluar.


Mei pun dah kata hai!


Mula-mula kata penghujung April. Kitorang pun tunggula. Rasanya hari-hari bukak website esila tu, nak tengok, kot-kot ada pengumuman apa-apa. Tunggu punya tunggu, sampai 29 April, petang baru keluar announcement baru. Tau apa dia cakap?




“JPA (aku guna shortform, malas nak tulis pepanjang ni) masih memproses permohonan PILN. Keputusan dijangka diumumkan pada 6 Mei.”

Lebih kurang camtu la. Sabar jelah. Dorang suruh tunggu seminggu lagi.

Oklah, so aku pun sabar jelah. Cuba la buat happy-happy walaupun tak happy mana. Buat-buat cam gembira walaupun hati bergelora. Hari-hari jugak bukak website tu. But still, no new announcement. Penat-penat bukak, tutup balik dengan kehampaan.

Tup tup, hari ni (baru tadi senanyer) keluar announcement baru. Ingatkan nak bagitau esok boleh check kul baper. Rupanya…

“JPA masih memproses permohonan PILN 2011. Keputusan permohonan boleh disemak pada 9 Mei 2011 mulai Jam 5 petang.”

9 Mei pulak? Dahlah jam 5 petang. Haish, sabar je lah bebanyak.

Frust sangat menunggu, sampai mata pun dah tak nampak.


Hmm….

Panjang pulak aku membebel er? Sebenarnya niat nak cerita pasal lain, tapi lain pulak jadinya. Ok, back to real self.

Sehari sebelum ura-ura keputusan JPA akan dikeluarkan ialah pengumuman keputusan Matrikulasi. Rata-rata classmate aku dapat kat Kuala Pilah. Standard la kan, dah duduk kat Negeri Sembilan. Tapi rezeki aku tempat lain, tercampak jauh ke… satu tempat rahsia. Apapun, sebenarnya bagus gak jauh-jauh dari orang yang kenal. Dah buhsan tengok muka sama 2 tahun berturut-turut. Ok, gurau je, jangan ambil hati pulak kawan-kawanku.

Semalam pulak, keluar keputusan tajaan MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan). Yang berjaya dimaklumkan by phone. So, mabruk kepada yang berjaya! Saya tumpang gembira dengan hati yang berdebar. Pendek kata, sekarang ni memang musim keluar result. Ada yang berjaya, ada yang kurang bernasib baik. Adatla kan. Insya-Allah rezeki anda ada di mana-mana.

Aku nak share satu cerita. Sebenarnya nilah niat aku tulis entri ni. Walaupun mungkin takde kaitan kot dengan result-result semua ni, tapi insya-Allah ada la pengajarannya (kot). Cerita ni ialah kisah kejakunan aku masa pertama kali naik kapal terbang MAS.



“Masa tu kitorang nak terbang ke Langkawi, pulau lagenda. First time la dapat naik MAS satu family, lepas berjaya dapat tiket offer dari MAS. Zaman tu AirAsia punya tiket belum ada nombor lagi, naik rebut-rebut. So, kira agak teruja overexcited la bila dapat tiket dengan nombor seat siap tertulis.


Aku nak naik kapal terbang yang ni! :D
Kitorang pun dengan seronoknya masukla kat corong yang menghubungkan airport dengan kapal terbang tu. Lorong kat dalam kapal terbang kat kecik, so, kitorang pun jalanlah dengan berhati-hatinya. Sambil jalan tu, mata tinjau-tinjaula kat nombor kat compartment tu. Kot-kot dah sampai kat seat kitorang ke.


Dah melepasi separuh badan kapal terbang pun, tak jumpa-jumpa lagi. Aku dah mula merungut dah dalam hati, “Jauhnya! Mana ni?” Rupa-rupanya seat kitorang yang belakang sekali. La, kat ekor rupanya dorang bagi. Hmm, sabar jelah.


Aku pun duduklah, dengan separa rela. Perasaan excited dah pudar sikit dek penat jalan jauh, dari depan sampai belakang. Pastu, ketua pramugari tu pun mula lah berucap, kata-kata aluan standard la, “Selamat datang ke pesawat blab la bla…. Kita akan bla bla bla… ila akhirihi…”. Pramugari lain pulak sibuk ulang alik ke depan ke belakang. Aku yang suka menyibuk ni pun, pandang-pandang la. Pastu baru sedar yang seat kitorang ni betul-betul depan kabin anak kapal.


Time tu dah rasa excited balik. Bila takde sesiapa yang lalu, aku pun tinjau ke belakang. Seronok pulak rasanya intai-intai pramugari tu siapkan air, sediakan kacang. Sebab tak pernah tengok tu la jakun semacam. Bila teringat balik, rasa cam kelakar pulak.


Tak lama lepas tu, kitorang pun sampai ke destinasi. Once kapal terbang mendarat, pintu pun dibuka. Masa tu kitorang takde la plan nak turun awal sangat. Ye la, duduk kat ekor. So, kena la sabar je. Tengok-tengok pintu belakang pun dibuka jugak. Dan akhirnya kitorang jadi orang pertama yang dapat keluar. Time tu baru aku rasa cam best sangat dapat seat belakang sekali. Siap teringin nak dapat lagi pulak tu.”

Ok, habis cerita. Aku tahu tak best. Sebab aku tak pandai buat korang feeling. Takpe takpe aku tak kisah. Cumanya, cerita ni memberi satu pengajaran kepada aku, iaitu tak semestinya kalau kita berada di tempat yang terakhir, tak kira la dalam kelas ke, dalam batch ke, dalam apa sekalipun, kita tak berjaya. Tidak. Tidak sama sekali. Bahkan tak mustahil kalau kita lebih hebat dari mereka yang berada di depan-depan tu.

So, kawan-kawan, apa pun yang kita dapat, kita perlu terima. Dan aku pun perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Masing-masing ada rezeki yang dah tersurat.

Sentiasa berdoa, tak kira ketika susah atau senang.


Sama-samalah kita berdoa semoga bukan berita buruk yang hadir. Doakan yang terbaik untuk JPA aku jugak. Kepada Fatin dan Zulfaa, tahniah untuk kejayaan dapat tawaran Mains tu. Buat Mizah, jangan putus asa, insya-Allah rezeki awak ada. Tim, Fitrah dan Kak Pah, aku doakan korang berjaya untuk MARA. Ayuni, semoga dapat UTP, ataupun kursus farmasi yang kau nak tu. Dan yang lain-lain pun sama. Takde yang terkecuali. Cuma aku je sama ada tak ingat atau tak tahu kursus apa yang korang apply. Sorry er..

P.S: Emm, munasarawaksabah tak tajuk tu?

13 comments:

TiM said...

hu.. tak muna-sarawak-semenanjung-brunei-sabah langsung..

ILYANA said...

wahh fifah thanx for the motivation . hopefully kejayaan berpihak pada kita . :)

Iffah Syuqaira said...

tim: hak ala! jeles lak dia. tau la xleh buat ayat camtu. ok aku xde poin

yank: you're welcome, dear. (best ke citer tu? cam x je.. hahaha) insya-Allah, kita doa sesama ^^

TiM said...

sudahlah kau...
aku tahu aku tak diperlukan di sini..
aku akan pergi...

sobs sobs..

Iffah Syuqaira said...

merajuk pulak dia.. ala, sorila bucuk bucukk!! :DD

wardah07 said...

thanx fah bg semangat always~
uhibbuki fillah..
smg ade hikmah di sebalik semua yg terjadi kan?
congrates dpt um..huhu~

Dr Afifah said...

e'eh. ada nama sy di situ! haha. tq! fah pun all the best. moge dpt JPA dan dpt fly gi Jepun kesayangan fah tu..

cerita kapalterbang tu best lah, terasa fah ni comey sangat bile imagine fah intai2 pramugari tu. kakakaka ;p

p/s: sory la da terbiase pggil fah. kui3

Iffah Syuqaira said...

mizah: you're welcome dear. I love you kerana Allah juga. Semoga persahabatan kita berkekalan. insya-Allah ada hikmahnya.

fah: eh, perasan je dia. Orang lain tu! haha.. thank you, fah.. doakan kita, isnin ni keluar result.. fah pun semoga berjaya dpt fly ke uk kecintaan tu ^^

comel? haha.. rasa cam kelaka, sebab boring dlm flight, tu yg buat pelik2 tu
p.s: xpe, fah is okay. I just dislike people calling me 'pah'. fah is nice :D

Nurfadhilah A. said...

i miss the paulina who i can turned back and listened her humming some alien songs (!)

:D

Iffah Syuqaira said...

and I miss the girl who'll turn back at me saying, "nak biskut? aku ada lagi" and kept perasan-ing that she's the cutest. How about Daite Senorita?

Jumpa kat UM! :D

aDik said...

FAMOUS AKU, name ade kt sini! haha :P
anywy, thnk youu

Iffah Syuqaira said...

atin: semua orang femes kat sini. Thanks to.. aku? haha.. gurau2 je ^^
you're welcome~

AbdullahUmar said...

syukran2