Monday, 21 October 2013

Ekslusif

Assalamualaikum




Petikan buku "Ajarkan Wanitamu Surah An-Nur bahagian 1".

[Surah An-Nur : ayat 33]


Wednesday, 28 August 2013

Sekecil Semut

Assalamualaikum



Suatu hari ketika ziarah raya:


Thursday, 1 August 2013

.

Jeda

lama terasa
mungkin ya

ada yang cakna
menegur bertanya
tiba-tiba
buatku terpana
seketika

'Ada jugak yang perasan rupanya,'
gelak dalam hati sahaja


Wednesday, 19 June 2013

Pelajar tajaan manja?

Assalamualaikum



Scroll bawah sikit, baru perasan dah hampir sebulan tiada kisah baru. Rasa macam baru je. Almaklumlah, sibuk yang dibuat-buat.

Sebenarnya perkara ni dah lama terlintas di kepala, tercetus pada suatu hari yang aku terlebih rajin membelek buku panduan JPA, cuma asyik tertangguh. 

Memandangkan hari ini ialah 'hari yang menggembirakan' bagi semua pelajar tahun 1 tajaan JPA di Jepun, aku pun tiba-tiba semangat dan gembira untuk menekan papan kekunci touchscreen di iPhone. Mungkin lebih tepat, 'petang selepas menerima emel yang amat dinanti dari encik Funahashi'. 

InsyaAllah tak ada yang sedih. Kalau ada pun, sikit je sedih. Syukur banyak. Harapnya.


Apa yang menggembirakan sangat sampai ditunggu-tunggu semua orang tu?


Friday, 24 May 2013

Orang Jepun hebat?

Assalamualaikum




"Budhha (yang dimaksudkan ialah sami rasanya) tak boleh makan daging, tak boleh minum alkohol, tak boleh kahwin"

Petikan kata-kata tutor yang berasal dari Tanah Besar China. Dalam suatu pertemuan yang bertujuan membincangkan masalah berkaitan pelajaran. Tapi dah alang-alang dia tanya, apa tak boleh makan, kenapa pakai baju kurung, itu dan ini, tanya la pandangan dia balik.

Kata-kata yang menimbulkan bisikan dalam hati aku, "Macam tu, Islam lagi best!"

Betul la kan?


Intro je.


Saturday, 11 May 2013

Sebulan yang rugi

Assalamualaikum



Teruja ada kouhai (junior) kongsi pautan blog ni di laman facebook dia. Terus rasa nak menulis sesuatu. *sengih sumbing

Sedar tak sedar, dah lebih sebulan bermukim di Jepun. Banyak perkara dah berlaku. Banyak juga masa terbuang.

Serius, tinggal di Jepun, terasa banyak masa dibazirkan. Lagi-lagi hujung minggu. Haish


Wednesday, 8 May 2013

Pengundi PRU14

Assalamualaikum



Hisashiburi~~
Rasa lama sangat tak menulis. Eh silap. Lama sangat tak menulis sampai siap. Hehe. Tapi tak apa, abaikan dulu, sebab tak sesuai dengan suasana sekarang.

Iaitu suasana pasca pilihan raya umum (PRU).

Semua orang kecoh-kecoh buat ulasan dakwat tak kekal la, hantu keluar siang-siang la, bekalan elektrik terputus la, dan macam-macam lagi. Tiba-tiba aku tulis tentang seronoknya berjalan-jalan di Jepun.

Macam tak faham bahasa. Tak reti baca keadaan. Syok sendiri.

Kan?


Friday, 12 April 2013

Jumaat di Jepun

Assalamualaikum



Hisashiburi
Lama rasanya tak menulis. Hampir dua minggu kot. Sejak pindah 'rumah' baru ni. Hmmm....

Kisah untuk dikongsi, banyak je rasanya. Tapi bila dah lama-lama tersimpan, mood untuk menulis jadi tak ada, lalu kisah itu terbang bersama tiupan angin kuat Osaka.

Ceh, sastera kemain ayat!

Tapi, part angin tu memang betul. Sangat kuat, menyebabkan walaupun matahari terik, tetap terasa nyaman.

Ok, intro dah panjang sangat. Hari ni ada satu kenangan menarik, yang nak dihikayatkan sebelum feel tu hilang.


Saturday, 30 March 2013

Baiknya makcik コーナン

Assalamualaikum



Sehari selepas aku menuli entri ini, terjadi suatu peristiwa yang membuatkan aku benar-benar kagum dengan Jepun dan masyarakatnya.

Oh ye, tulisan Jepun tu, bunyinya "Konan". Bukan Conan detektif yang tak besar-besar tu, tapi Konan ni ialah kedai yang menjual perkakas harian, termasuk barangan elektrik, bantal dan tilam, sabun pencuci dan juga pokok bunga serta keperluan berkebun.

Kisahnya begini......


Thursday, 28 March 2013

"Wow!" Jepun

Assalamualaikum

Hospital Toyonaka di hadapan Shibahara Monorail Station


Hari kelima di Jepun, aku berpeluang berziarah ke 'negeri' lain. Kobe. Tak ada lah jauh mana pun. Lebih kurang sejam je dari Osaka, menaiki kereta api.

Kalau tak sesat la. *senyum sumbing


Dalam perjalanan pulang dari Kobe, seorang akak yang menemani kami ke stesenn kereta api mengajukan soalan,

"Apa perkara yang kamu rasa "wow!" kat Jepun ni?"


Monday, 25 March 2013

Hari Pertama di Jepun

Assalamualaikum



Walaupun dah masuk malam ketiga di bandar Suita, Osaka. Hmmm....
Tapi memang niat nak menulis pada hari pertama, cuma tak berkesempatan, ditambah pula sedikit masalah teknikal.

Takpe, cuba untuk tulis dengan perasaan baru sampai.


Friday, 22 March 2013

Hai, Jepun!

Assalamualaikum



Catatan terakhir dari Malaysia, sebelum berangkat ke bumi Sakura malam ini. InsyaAllah. Makin hampir ke saat perpisahan tiba, makin sayu suasana. Mood nak menulis pun tak berapa ada, tapi nak tinggalkan sesuatu sebagai kenangan terakhir. Cewaah, ayat!

Ada beberapa perkara ingin dikongsikan. Mungkin sesuai untuk pembacaan semua peringkat usia. Sama ada sahabat-sahabat yang akan sama-sama terbang, mahupun adik-adik lepasan SPM yang sedang tercari-cari arah tujuan selepas ini.


Tuesday, 19 March 2013

Usrah Online 2

Assalamualaikum



[Entri tergantung yang disudahkan di Jepun. Hehe]

Usrah kali kedua. Usrah terakhir. Secara online. Di Malaysia.
InsyaAllah akan diteruskan lagi di Jepun nanti.
Semoga terus istiqamah sahabat-sahabat.


Monday, 18 March 2013

BTN 2.0 : Fikir dan Analisis

Assalamualaikum



Macam BR1M pulak. Ada 2.0.
Takpe, abaikan.

Beberapa hari lepas, tiba-tiba sahaja entri tentang BTN yang dah lebih seminggu dipublish jadi meriah. Komen yang minta diapprove muncul tak putus-putus. Yang terakhir malam tadi, 2338. Aku approve semua, tak ada tapis-tapis. Tapi saja tak komen, tak nak masuk campur. Sebab ni blog aku kan. Kat mana-mana pun aku boleh buat ulasan.*angkat kening


And so, here's my comment.

[Peringatan: Tulisan ini hanyalah pandangan peribadi penulis semata-mata. Tidak sesuai dijadikan hujah]


Saturday, 16 March 2013

Khas Untuk Diri

Assalamualaikum

Entri pendek dan ringkas. Untuk diri sendiri.



Friday, 8 March 2013

Usrah Online 1

Assalamualaikum



Satu lagi entri tergendala.

Entri yang mula ditulis sebaik sahaja selesai usrah. Tapi hanya disambung kembali menjelang siri usrah kedua. Fail betul. Haish~

[makluman: tarikh yang tertera adalah berbeza dengan tarikh sebenar entrri disiapkan.]

Thursday, 28 February 2013

BTN : Mencetus pemikiran baru

Assalamualaikum



Entri tergendala.
Tarikh yang tertera dan tarikh sebenar ditulis, berbeza.
Hampir seminggu tersimpan sebagai draft yang dijenguk hari-hari.
Tanpa ada sebarang perubahan.

Haish, susah sangat nak dapat mood dan feel menulis tentang BTN ni.


Kesan mengikuti BTN : menjadi semakin malas.
Adakah ini benar?

--> Em, kalau dah memang semula jadi malas tu, takyah nak salahkan kursus pulak. Mengaku je.

Ok fine.


** intro tamat **

Thursday, 21 February 2013

Raikan Perbezaan

Assalamualaikum

Lelaki dan permpuan sentiasa berbeza


Aku sedikit musykil, kenapa entri aku selalu 'hit' seminggu selepas? Kenapa bukan ketika di'post' itu juga?

Em, persoalan yang tidak penting untuk difikirkan. Lebih baik diabaikan sahaja. Hmm...


Untuk entri kali ini aku ingin berkongsi satu pengalaman.

Tuesday, 19 February 2013

Memori AAJ : Shodou

Assalamualaikum



Yay! Berjaya jugak aku menambah entri di bawah kategori ini. Hehe.

Tapi memang banyak pun kenangan dan memori yang ingin dikongsi.

Cuma yang penting tahap kerajinan la. Tu je.

Em ok, entri kali ini, aku nak berkongsi pengalaman mengikuti aktiviti 'Shodou'.

Thursday, 14 February 2013

Harga Sebuah Kejayaan

Assalamualaikum

Salji di Toyama. (Gambar di fb). Cantik kan?


Entri tertangguh. Hampir seminggu. Eh tak, cukup seminggu rasanya.

Apa-apa je la.

By the way, tajuk tu macam tak berkaitan sangat dengan isi.

Aku rasa la.

Friday, 8 February 2013

Memori AAJ : 'Surat Kouhai-Senpai'

Assalamualaikum



Baru sehari tinggalkan AAJ, dah rindu? Err...

Sambil-sambil termenung semalam, tiba-tiba terkenang memori silam. Terasa masih banyak lagi tentang AAJ yang aku tak catatkan di blog ini. Jadi aku bercadang untuk tulis entri-entri secara imbas kembali. Lebih kepada memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang diadakan di AAJ, tapi cara penulisan agak berbentuk diari kot.

Cuma harapan aku, ini bukan entri pertama dan terakhir.

Tu je.

Ok, mula.

[Peringatan : Apabila aku mula berhikayat, memang susah untuk jadi singkat]

Wednesday, 6 February 2013

Deklarasi Terakhir

Assalamualaikum.



Adakah entri ini yang terakhir dicatat langsung dari Blok D, Kolej Kediaman Ungku Aziz (Kolej Sebelas)?

Em, biarkan dulu persoalan tu. Tak perlu jawab....

...lagi...



Friday, 1 February 2013

Minggu yang panjang

Assalamualaikum
Hisashiburi...



Lama sangat rasa tak menjenguk blog. Menulis apatah lagi.

Bukan tak nak menulis. Tak ada maknanya aku merajuk atau terasa dengan apa yang berlaku. Hehe. Hakikatnya aku rindu. Sangat. Serius.

Cuma kekangan masa agak membataskan kesempatan. Alasan.

Saturday, 12 January 2013

AAJ : Tempat penuh kejutan

Assalamualaikum



Sebelum ni, aku pernah tulis satu entri yang menceritakan AAJ sebagai sebuah tempat penuh kegagalan. Mungkin entri ni kesinambungan, atau 'kembar' yang melengkapi entri tersebut. Kot.

Sambil-sambil nak tulis entri ni, aku belek semula entri lama tu. Satu yang aku perasan, susunan kata dan bahasa yang aku gunakan dalam entri tu sungguh cantik dan menarik. Ehem.

Tak, bukan nak puji diri sendiri. Err...

Cuma nak dikatakan, untuk entri ni, aku tak boleh kalah. Mungkin bahasa kena lagi cantik kot. Sebelum terbang Jepun ni la, masanya nak mantapkan bahasa Melayu. Em, macamlah di Jepun tak boleh tulis blog lagi dah.

Ok, kot ye pun tengah seronok ke apa, tak perlu la intro sampai 3, 4 perenggan kan?


Tuesday, 1 January 2013

31 Disember

Assalamualaikum



Agak lama tak menulis. Memang sah-sah lebih seminggu pun. Hmm...

Sekarang pun tak berapa berada dalam mood hendak menulis. Tapi sekadar hendak mencukupkan 12 entri untuk 2012 dan sebagai penutup 2012. Ada sejam beberapa minit lagi sebelum tahun bertukar.


[Entri ini mungkin lebih mirip catatan diari. Dah lama (jap, pernah ke?) tak menulis macam ni]