Assalamualaikum..
Fuh, lama tak jenguk sini!
As for now, is in the middle of midsem Sem II. 4 paper dah habis, which equivalent to half of the whole papers yang ada. Tapi, tu untuk satu subjek je. Dah pening? Haha. Abaikan.
Em, saje nak share satu cerita lagi. Klik bawah...
Tuesday, 20 December 2011
Sunday, 20 November 2011
#1 Pentingnya Keyakinan
Sunday, 13 November 2011
Hidup tanpa kalkulator
Assalamualaikum.
Pejam celik pejam celik, dh sebulan rupanya aku masuk sem 2. Maknanya dh sebulan jugakla aku mengahadap fizik, kimia, math dlm Jepun. Kiranya dh sebulan la aku menghafal term2 yang mcm2 tu, dgn kanji2 yg berpintal-pintal semua tu. Dh sebulan rupanya ye.... Rasa mcm bru je semalam...
Selama sebulan aku belajar subjek dalam Jepun ni, satu perkara yang aku perasan. Kalau nak kata susah atau yang sewaktu dengannya, memang xyh ulas la. Tak terkata. Tp, yang aku nk share ni sal lain. Aku terasa manja.
Tau sebab apa?

Thursday, 3 November 2011
Happy Birthday, dear
Assalamualaikum, minna~
Ohayou gozaimasu...
Em, ni sebenarnya nak buat short post je. Tokubetsu na (istimewa) entri la kot. Dedicated to you. Make sure baca sampai habis tau! :D
Hari ni ramai orang sambut hari ulang tahun kelahiran. Yang aku tahu pun dah dua tiga orang, yang tak tahu lagi la berjuta kot. But, among all those, it's yours too. But, I'm so sorry, for not being the first person to wish you. So sorry dear~

Nak kek ni? |

Saturday, 29 October 2011
Tak Tahu
Assalamualaikum, semua. Ohayo gozaimasu~
Terasa lama jugak x update blog, walaupun xde la lama mane senanye, nak compare dgn 2 bulan aku x buat apa2 dulu. Em, ok2, let's go to the topic. Secara sedar, atau x sedar, atau buat2 tak sedar, dah 2 minggu rupanya sem 2 berlalu.*byknye nombor 2..huhu* Chotto taihen demo, totemo omoshiroi desu (Agak susah sedikit, tetapi sangat seronok). Kenapa seronok? Sebab, banyak benda baru yang aku belajar. Sama ada benda tu aku sebenarnya dah tau, tapi diterangkan in a simpler way, atau memang yang aku tak tahu langsung. Zenzen shiranai.
Bagi aku antara belajar benda baru yang tak tahu, dengan belajar balik benda yang dah tahu, aku lagi suka yang first. Sebab bila belajar benda baru yang tak tahu, semangat ingin tahu atau inquiry tu lebih tinggi. Compare to benda yang dah tahu, sedikit sebanyak dia akan jadi, "Ala, sebenarnya dia nk ni.. term je pelik2." (Info kepada yang tak tahu: kitorg belajar Math, Fizik, Kimia dalam Jepun sekarang, so, banyak la term yang 'pelik2' yang keluar). But well...itu aku.. seorang manusia yang pelik. Anda2 semua saya tak tahu lah ye... *aku tahu aku byk sgt guna word "tahu" kt sini*
Sebenarnya aku nk share this one thing:
Ni ialah status aku pada 27 Oktober 2011, Khamis, 9:59 pm.
Apa kaitan benda ni??
Terasa lama jugak x update blog, walaupun xde la lama mane senanye, nak compare dgn 2 bulan aku x buat apa2 dulu. Em, ok2, let's go to the topic. Secara sedar, atau x sedar, atau buat2 tak sedar, dah 2 minggu rupanya sem 2 berlalu.
Shitte imasuka? |
Bagi aku antara belajar benda baru yang tak tahu, dengan belajar balik benda yang dah tahu, aku lagi suka yang first. Sebab bila belajar benda baru yang tak tahu, semangat ingin tahu atau inquiry tu lebih tinggi. Compare to benda yang dah tahu, sedikit sebanyak dia akan jadi, "Ala, sebenarnya dia nk ni.. term je pelik2." (Info kepada yang tak tahu: kitorg belajar Math, Fizik, Kimia dalam Jepun sekarang, so, banyak la term yang 'pelik2' yang keluar). But well...itu aku.. seorang manusia yang pelik. Anda2 semua saya tak tahu lah ye... *aku tahu aku byk sgt guna word "tahu" kt sini*
Sebenarnya aku nk share this one thing:
"dlm seminggu, mcm2 boleh jadi.. x smpai seminggu pn, mcm2 dh jadi.. planning Allah xde sape yg boleh teka... subhanallah~~"
Ni ialah status aku pada 27 Oktober 2011, Khamis, 9:59 pm.
Apa kaitan benda ni??
Saturday, 15 October 2011
Aku mesti berubah
Assalamualaikum...
Hmm.. bertemu kembali. Hehe.. post kedua untuk hari yang sama. Sebab terlebih excited. Em, kesan simpan terlalu banyak idea kot...
Sebelum baca, pandang atas dulu jap. Baca tajuk tu lagi sekali. Dah? So, faham la kan.. apa mood post ni?? Hehe... Fikir dua kali dulu er kalau nak baca...
Nak teruskan? Klik.. :D Tak nak, tekan pangkah kat atas tu..

Ambang Asuhan Jepun: Semester 2
Assalamualaikum...
Fuh, lama gile rase x jenguk blog! Kalau nak kata bersawang tu, memang x yah ckap la, dah tebal 5 inci kot. Ok, xde point. Kepada readers, kot-kot ada yang menanti entri baru dari aku(walaupun aku tahu sgt, xde sape), maaf banyak-banyak. Mood menulis hilang jap..haha.. しばらく なくなって しまった。Ni dapat mood balik pun, thanks tu satu post best yang aku terjumpa semalam. Tak tahu nak cakap camne, tp aku rasa aku terdiinspirasikan dari post tu kot. Kot je la. Em, ok2.. kalau membebel memang xkan habis. Eh jap, perempuan memang suka membebel er? Hahaha
So, lagi dua hari akan bermula Sem baru di AAJ. Lifestyle pun bertukar baru. Mana taknya, selama ni, dari form 1 belajar subjek Science dalam English. Tapi, start with the upcoming class ni, semua bertukar Jepun. Kawan-kawan aku ramai yang dah start risau, camne nak hadapi buku teks bertulisan kanji, cikgu-cikgu speaking Jepun tak henti-henti. Homework tak yah tanya ar, komfem sesangat berganda-ganda dari sekarang.
Tapi...
Aku memang suka gambar cartoon. Sebab comel kot.. |
Fuh, lama gile rase x jenguk blog! Kalau nak kata bersawang tu, memang x yah ckap la, dah tebal 5 inci kot. Ok, xde point. Kepada readers, kot-kot ada yang menanti entri baru dari aku
So, lagi dua hari akan bermula Sem baru di AAJ. Lifestyle pun bertukar baru. Mana taknya, selama ni, dari form 1 belajar subjek Science dalam English. Tapi, start with the upcoming class ni, semua bertukar Jepun. Kawan-kawan aku ramai yang dah start risau, camne nak hadapi buku teks bertulisan kanji, cikgu-cikgu speaking Jepun tak henti-henti. Homework tak yah tanya ar, komfem sesangat berganda-ganda dari sekarang.
Tapi...
Monday, 1 August 2011
Ambang Asuhan Jepun: Bila sem dah sampai setengah
Assalamualaikum, readers~!
Konnichiwa ^_^
Emm....
Aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa, idea tak datang. Tapi memandangkan ada pulak request suruh update, so, aku sekalikan dengan pakej buang sawang blog la. Memang dah tebal sangatla sawang ngan habuk kat sini. Oh ye, first time kot tajuk panjang menjela..
Em, kalau nak kata pasal life, lately is getting hectic. Normalla, mana-mana pun camtu. Makin lama makin tak senang. Dan bila dah selesai, baru terasa cam senang gila. Rasanya banyak kot perkara yang aku boleh tulis, tapi aku malas nak coretkan. Simply because aku taknak entry aku terlalu reflek diri aku yang sebenar. Walaupun, memang hakikatnya previous entries dah banyak meng'expose' karakter aku.
Ok, enough membebel.
Let's see what's happening recently:

Sunday, 10 July 2011
Okonomiyaki o tsukuru~~!
Salam readers~!
Second post for the day ^^
Tajuk dah menerangkan segalanya sebenarnya. Cuma masalahnya faham ke tak je la.. hehe..
Em, agenda terakhir program Sense Our Soul ni ialah aktiviti membuat okonomiyaki secara bersama-sama. Ni kira breakfast kitorang la.
Ni okonomiyaki yang first siap. |
Okonomiyaki ni aku tak tahu la nak translate Melayu dia apa. Tapi kalau nak cakap pasal rasa, adalah cam iras-iras takoyaki yang aku cuba time first date kat Mid ngan Iman haritu. Maybe sebab sauce dengan "bahan hiasan" dia tu kot.
Mentang-mentangla dah buat, so poyo la sikit konon nak share langkah-langkah dan kaedah membuatnya. Kalau nak tahu, sila teruskan baca. Terima kasih.
Sense Our Soul
Assalamualaikum, readers. Em, minna, genki? *ceh, poyo!*
Apa yang aku nak merepek hari ni? Ok, tengok gambar kat bawah, tu intro dia.
Kira kira program weekend yang kedua kitorang la, tapi yang first ala-ala tamrin, bermalam. Ada beberapa student IBT (Institut Bahasa Teikyo) yang join sekali. Malu sebenarnya dengan mereka, sebab kita yang dekat (dan paling ramai) ni pun liat gila nak datang. Mereka tu sanggup datang dari, xla jauh mana pun, bermalam kat sini semua. Memang aku salute la kat korang
Those yang tak balik
Tapi, tulah yang dinamakan pengorbanan dan perjuangan. Kat sini, senang lagi nak dapat pengisian camni. Depan mata dah disediakan, tinggal nak dengan taknak je. Nanti kalau dah sampai Nihon, bukan senang. Kena cari sendiri. Tapi dengar cerita dari daisenpai, sekarang dah makin mudah. Kadang2 satu ken sampai dua tiga group usrah ada. Alhamdulillah, suasana Islam dah mula terasa kat sana. Tak sabar pulak rasa nak fly! Huhu.... Em, ok, dah cukup panjang membebel. Let's go to the point, apa yang aku dapat.
Sunday, 3 July 2011
Ambang Asuhan Jepun: Pengisian Rohani
Fuh, terasa dah lama tak buat post dengan phrase "Ambang Asuhan Jepun: " kat depan tu. Terindu pulak nak tulis. But the fact is, memang dah lama tak update blog, hampir tiga minggu kot.. hehe..
So far, life ok. Seriously, aku memang bersyukur gile masuk AAJ. Banyak sebabnya. Dahlah study kira amari muzukashikunai (tak berapa nak susah) gak (aku tahu ramai akan menyampah ngan statement ini. Silakan untuk menyampah.. hehe *smirk*). Alhamdulillah. Cuma bila tutorial tak siap je la, terasa cam taihen (susah) gile. Kalau dah siap (cam sekarang ni *menunjuk-nunjuknya aku*), memang rasa subarashi la! Boleh tido setiap masa, nothing's to be worried about XD
Apapun, satu perkara yang aku memang suka dengan program ni ialah environment dia. Suasana pembelajaran dia memang kategori sistematik la. Standard la, Jepun. Tapi yang lagi best ialah life kat kolej. Bab jalan jauh tu tolak tepi la. Ni life kat situ, terutama time yoru (malam) ngan shuumatsu (weekend).
Kenapa?
Gambar takde kaitan, sekadar hiasan |

Tuesday, 7 June 2011
Teknik Ingat Kanji
Assalamualaikum. Minna, konbanwa~!
Tiba-tiba aku rasa cam nak share cara aku ingat tulisan-tulisan 'berangkai' ni. Sebab bila aku survey-survey kawan-kawan punya cara, semuanya hampir sama je : tulis banyak-banyak sambil baca. Tu je. Aku terasa cam aku punya lain sikit, so, tak salah kot aku share kan?
Aku tak de la renshuu sampai 50 kali untuk satu kanji. Paling banyak pun aku tulis 30 kali. Tu pun kot rajin la. Kalau malas ade la dalam 10 kali je. Cara aku ni mungkin 'tinggi' sikit kot, banyak guna minda dan imaginasi sikit. Tapi since korang semua genius-genius, so, takde problem la nak faham kot.
Cara aku ingat kanji:
Tulisan favourite kita.. |

Sunday, 5 June 2011
Ambang Asuhan Jepun : Kanji Lesson
Assalamualaikum, readers.
Sebenarnya I'm not in the mood of writing, tapi sebab rasa nak update jugak, maka mood itu dipaksakan untuk ada. Hmmm, tengok, dah takde idea dah untuk intro.
So, let's move to topic.
Starting from the second week of intensive class, kami kat sini di'suap' dengan kanji yang 'secukupnya' setiap hari. Em, cukupla kan, sebab 'kenyang'? Satu hari, tak banyak pun, 9 je tulisan berbelit tu yang kena hafal. Depends on rezeki jugakla, dapat yang simple ke, dapat yang complicated. And by the end of the week, we have 39 to be memorised. Ala, 39 je. Bukan banyak mana pun.
Ye ke tak banyak?

Saturday, 28 May 2011
Ambang Asuhan Jepun : Pemilihan AJK
Assalamualaikum, semua.
Em, ni post kedua yang aku tulis hari ni, 28 Mei, walaupun previous post tu tarikh lain. Saje je alter supaya tak nampak cam boring sangat. Banyak gile kot masa aku. Hehe
So, seperti mana tajuk kat atas tu, maka petang semalam we held an election. After a week takde official president, sekarang dah ada. Yang sedihnya (sedih?) presiden sementara tu tak diangkat jadi presiden sebenar. Bukan sebab tak layak, tapi sebab dia dulu quit. Dengarnya personal problem. Hmmm… Tapi sayang la…. Em, dah tak nak komen banyak-banyak, nanti orang fikir lain. Apapun, I like him (ni bukan confession, ok?) only because his name hampir sama dengan aku. Haha.. nice!
So, resultnya dah keluar semalam, beberapa minit je lepas election tu. Nak tahu?

Hiasan semata-mata :D |

Wednesday, 25 May 2011
Ambang Asuhan Jepun : Nicchoku
Assalamualaikum, semua. Ohayo gozaimasu~ *ceh, menunjuk-nunjuk*
Makin lama, makin suram blog ni aku rasa. Almaklumlah, tuan dia dah busy belaja. Hmm, busy la sangat kalau malam-malam orang semua study, dia bantai tidur. Hehe
Pejam celik, pejam celik dah seminggu aku kat sini. Best memang best la. Best gile kot. Lagi pulak, masuk kelas, belaja macam kat Tadika balik. Sensei (teacher) cakap, "read after me", oh serius cam budak kecik. Tapi best la, at least dapat gak nak main-main. Hahaha. Time ni je la kot nak enjoy-enjoy buat bising, gelak-gelak semua. Nanti dah start makan starch banyak-banyak (baca: kanji), nak senyum pun dah tak sempat kot.
Kan aku dah mention dalam post sebelum ni, aku akan post banyak-banyak pasal AAJ ni. The story will be one by one. Aku taknak buat overall. Sebab selain mungkin berguna kepada generasi akan datang, kot-kot 10 tahun lagi, aku rasa nak imbas balik kenangan kat sini, banyak la sikit post untuk aku senyum sensorang. Hee
So, now, its the "nicchoku" task turn. Tak faham takpe. Jap lagi explain.

Tak sangka aku still ada masa untuk benda ni. |

Monday, 23 May 2011
Ambang Asuhan Jepun : Orientasi
Assalamualaikum, minna~~
As we all know, bermula 19hb bersamaan Khamis hari tu, aku telah bergelar pelajar U. Bangga tu! Bukan senang jadi "budak U" masa umur baru 18. Lagi pulak Universiti Malaya, tak cam gah gitu?
Aku mendaftar di Ambang Asuhan Jepun (AAJ) untuk program Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ). AAJ ialah tempat manakala RPKJ ialah programnya. Masa dulu-dulu, aku pun keliru jugak. Sebab kat blog-blog senior, mostly diorang akan mention AAJ, jarang la guna RPKJ. So, aku ingat ke AAJ tu program dia. Dah tu, RPKJ tu ape pulak? Bila masuk sini, baru aku faham.
Untuk pengetahuan korang, program ni adalah antara program-program yang "rare" cases di mana bilangan student lelaki adalah dua kali ganda student perempuan. Em, sebenarnya tak pelik pun, sebab engineer, standard la ramai lelaki... (aku risau gak sama ada boleh survive ke tak nanti~~)
Ok, enough of introduction before aku start merepek yang pelik-pelik. Entri ni pun salah satunya adalah untuk memenuhi permintaan cik timah yang sorang ni ha. So, aku nak cerita la serba sedikit yang aku tahu tentang AAJ dan RPKJ ni.

Tuesday, 17 May 2011
Persediaan ke Alam Kampus
Entri ni adalah sebahagian daripada kempen Jom Masuk U versi 2.0 oleh Iffah Syuqaira @ co.
Ok, tahu tak lawak. Takpe, tak kisah pun.
So, bila body dah emm... aku sedar aku tak reti kias-kias pasal fizikal ni. Aku reti tulis camni je. Bila umur dah lapan belas, SPM dah selesai, result dah gempak, boyfriend dah approve (apa kaitan?), mekap dah tebal, dan paling penting tawaran dah dapat, tibalah masanya untuk mendaftarkan diri untuk masuk ke U.
Oh ye, sebelum terlupa, nak share berita gembira. Alhamdulillah, I manage to secured the PSD scholarship. And so, I'll be doing two years preparation here before furthering for four years degree there. Ok, kalau tak paham, buat-buat la faham ye. Seronok sangat dapat result tu, sampai hilang jap mood nak buat post.
Jujur, sekarang ni aku tengah excited. Tapi teruja lebih-lebih tanpa buat apa-apa pun tak guna jugak. So, better aku buat preparation kan? Lebih kurang camni la persediaan aku.

Kalau kena pergi sekolah balik, aku pun nangis |

Monday, 16 May 2011
I Wonder...
I wonder why the grass is green,
And why the wind is never seen?
Who taught the bird to build a nest,
And told the trees to take a rest?
O, when the moon is not quite round,
Where can the missing bit be found?
Who lights the stars, when they blow out,
And makes the lightning flash about?
Who paints the rainbow in the sky,
And hangs the fluffy cloud so high?
Why is it now, do you suppose,
That Dad won’t tell me, if he knows?
Tuesday, 10 May 2011
Aku Terlupa Sesuatu
Salam, readers.
Ingatkan hari ni dapatla post berita gembira untuk disharekan dengan korang semua. Tapi nampaknya Allah belum bagi green light lagi. DIA nak uji aku lagi, nak kuatkan kesabaran aku. Nak test sejauh mana kekentalan mental dan emosi aku bila menghadapi cabaran. Ye lah, aku bakal menempuh duni yang penuh dengan ranjau tribulasi yang amat-amat mencabar minda, fizikal dan emosi. Jadi aku perlu sangat-sangat bersedia untuk hadapi semua tu.
Tapi, walau apapun, aku still manusia biasa. Seorang insan yang lemah juga. Tipulah kalau perkara ni sikit pun tak effect aku. Cause this is not the first time, tapi yang ketiga. Kalau yang pertama tu, boleh la dimaafkan lagi kot. Even the second time pun, I can still comfort my own self although the depression had conquered my mind. But yeah, kali ketiga. Kalau sunnah pun, kira dah lengkap la tu, dah yang last sekali. Lagi-lagi pulak, kalau nak diikutkan kebiasaan tahun-tahun sebelumnya lah, kursus persediaannya dah mula dua minggu lepas. So, tak ke risau dibuatnya?
*ok, enough. Apa yang aku merepek ni?*

Monday, 9 May 2011
Pusat Asasi Sains UM (PASUM)
Assalamualaikum, readers.
(Fuh, entri ke sepuluh baru nak bagi salam. Tak patut betul!)
Demam UPU masih tak kebah lagi. Ada lagi bunyi-bunyi di sana sini pasal result masing-masing, ada yang happy, ada yang sebaliknya, tak kurang jugak yang confused. Nak ambik ni ke, nak pergi Matrik? Biasa la tu, lumrah. Tak heran pun. Ceh, poyo gila!
Time tu, aku sebenarnya dilanda sindrom kemurungan. Sebab sedih JPA tangguh lagi semakan PILN (Program Ijazah Luar Negara). Bukan kali pertama, dah masuk dua kali. Nak tahu lebih lanjut, tengok sini. Ke-depress-an yang agak terlebih tu membuatkan aku tenggelam dalam dunia sendiri jap, sampai terlupa la result UPU nak keluar esoknya. Tertahu dan teringat balik pun sebab terdengar kat TV.
Mesti korang tertanya-tanya kan apa yang aku dapat?
(Hai, perasannya. Hei, orang tak nak tahu pun la.Lagipun kami memang dah tahu)
(Fuh, entri ke sepuluh baru nak bagi salam. Tak patut betul!)
Demam UPU masih tak kebah lagi. Ada lagi bunyi-bunyi di sana sini pasal result masing-masing, ada yang happy, ada yang sebaliknya, tak kurang jugak yang confused. Nak ambik ni ke, nak pergi Matrik? Biasa la tu, lumrah. Tak heran pun. Ceh, poyo gila!
Ambhik kau, senget-benget muka, teruk sangat fikir. |
Time tu, aku sebenarnya dilanda sindrom kemurungan. Sebab sedih JPA tangguh lagi semakan PILN (Program Ijazah Luar Negara). Bukan kali pertama, dah masuk dua kali. Nak tahu lebih lanjut, tengok sini. Ke-depress-an yang agak terlebih tu membuatkan aku tenggelam dalam dunia sendiri jap, sampai terlupa la result UPU nak keluar esoknya. Tertahu dan teringat balik pun sebab terdengar kat TV.
Mesti korang tertanya-tanya kan apa yang aku dapat?
(Hai, perasannya. Hei, orang tak nak tahu pun la.
Thursday, 5 May 2011
Yang terakhir, bukan penghujung.
Aku tak tahulah tajuk tu munasarawaksabah ke tak dengan isi yang aku bakal bebelkan. Tengok je lah nanti ape jadinya.
Buat masa ni, most SPMers (sekali pandang macam spammers) tengah berdebar-debar. Apa lagi kalau bukan sebab menunggu result-result dari application diorang keluar. Aku pun tak terkecuali. Tengah 10 sen (baca dalam English: ten cent) menunggu keputusan JPA yang tak jugak keluar-keluar.
Mula-mula kata penghujung April. Kitorang pun tunggula. Rasanya hari-hari bukak website esila tu, nak tengok, kot-kot ada pengumuman apa-apa. Tunggu punya tunggu, sampai 29 April, petang baru keluar announcement baru. Tau apa dia cakap?

Mei pun dah kata hai! |

Saturday, 30 April 2011
Aku Blogger Baru
Ok, it's a lie. Aku tipu je.
Aku berkenalan dengan blogger ni dan mula berjinak-jinak mempunyai blog sejak tahun 2009. Aku ingat lagi, aku create blog tu pada suatu malam selepas chat dengan seorang kawan. Alasan, kawan tu dah ada blog, so rasa cam nak try jugak.
Tapi, maklum je lah masa tu umur tak cukup lagi, makanya kematangan pun masih di peringkat kanak-kanaklah. Blog tu pun tak tahan lama. Tak sampai pun setahun. Sebabnya, dek ketidakmatangan dan kekeringan idea, lama kelamaan aku semakin malas meng'update' dan menulis entri baru. Kalau aku tulis sekalipun, it was trash. Well, at least I thought so. Masa tu identiti blog pun terabur, entri macam tu sikit, macam ni sikit. Tak de tema dan base yang kukuh dan tetap.
Menjelang hampirnya SPM, aku pun akhirnya bertekad untuk delete blog tu. Salah satunya sebab aku tahu aku takkan update. Dan yang keduanya pulak, sebab aku rasa entri-entri dalam tu banyak yang merepek dan 'keterlaluan' (kot la). Dari aspek promoting blog dan follower pun, aku fail jugak masa tu. Bayangkanlah dalam masa hampir setahun tu, follower blog sekadar plus minus 20 orang je. Nampak sangat blog tak bermutu. Tapi, mungkin jugak masa tu fenomena blog belum lagi meluas. Demam menulis diari secara maya ni belum menjangkit banyak remaja lagi.
Kalau cam tu sejarahnya, kenapa muncul balik? Ingat ramai sangat ke nk baca blog ntah-pape ni??

Penyakit blogger: Menaip dari pagi sampai ke malam.. sampai ke pagi balik.. hehe :D |
Kalau cam tu sejarahnya, kenapa muncul balik? Ingat ramai sangat ke nk baca blog ntah-pape ni??
Thursday, 28 April 2011
Masalah berat badan [Part 1]
Kajian mendapati masalah obesiti kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007, akibat amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif.
Sumber: Berita Harian.
Sekitar penghujung minggu lepas hingga sekarang, isu ni hangat diperkatakan. Terutama di media-media arus perdana. Kemunculan isu ni secara tiba-tiba. Sedangkan sekolah kat Malaysia dah lama dibuka, dari sebelum merdeka lagi. Jualan nasi lemak semua tu pun bukan baru tahun lepas mula. Dah lama. Dah memang nasi lemak tu makanan ruji orang Malaysia, macam orang Jepun dengan onigiri (nasi kepal) jugak la. Hari-hari pergi sekolah, hatta kerja sekali pun bawa nasi kepal dalam bento (bekal).
Nak satu? |
Aku ni memang suka jugak menulis berkait-kait dengan isu semasa. Tapi aku tak suka ulas isu tu. Biarkan je lah ia berlalu. Sebab aku pun tak tahu sama ada isu ni memang penting ke, atau sesaja ditimbulkan sebab dah takde isu, atau Malaysia akan jadi padat (dek ramai sangat orang gemuk) kalau kantin terus jual nasi lemak. Atau... atau... atau... aku dah tak tahu nak tulis apa.
Thursday, 21 April 2011
Kegagalan pertama
Cewah, tajuk cam hebat sangat.
Tapi, memang betul pun, pertama kali dalam sejarah hidup aku, GAGAL!
Selama ni, alhamdulillah, paling teruk pun C je. Kira selamat dan agak jauh la dari gagal kan? Kalau orang nak suruh aku buat soalan Add Math ke, Fizik ke, Kimia ke, aku tak kisah, ok je. Tak kira la berapa banyak pun, aku boleh cuba. Susah ke mencabar ke, not a big deal. Aku kerah je lah otak ni bekerja. Tapi yang satu ni... emmm.....
Bukan tak boleh, cuma....
Payah sikit...

Saturday, 16 April 2011
Indahnya Langit!
Hari ni aku teman umi balik Terengganu, sebab ada hal urgent. Tak balik satu famili macam selalu sebab cuti hujung minggu - Sabtu, Ahad - tu panjang mana la sangat. Dengan homework melambak, nak qada' tidur lagi, sekejap je dah habis. Kesian adik-adik aku yang penat berhempas pulas pergi sekolah tu. Tapi kesian lagi kakak dia kot, yang dah tak tahu nak buat apa kat rumah selain melangut berangan buang masa. Tak pun, apa lagi, layan cerita Jepun ar.
Memandangkan kali ni balik memang nak cepat, jadinya kami ambil flight. Dari KLIA ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anggaran masa penerbangan 55 minit. Tapi bila aku kira betul-betul, masa kat atas awan tu cuma 30-35 minit je, cause both landing and departing take around 10 minutes each.
Kenapa aku excited sangat? Apa point aku sebenarnya?

Sunday, 10 April 2011
Karat
Pengaratan atau rusting dalam bahasa Inggeris merupakan proses yang berlaku sekiranya terdapat air dan oksigen. Memandangkan kedua-dua elemen ini sememangnya terdapat dalam persekitaran kita, maka proses ini adalah suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan.
Dalam ilmu kimia, karat ialah Iron (III) Oxide atau Ferum (III) Teroksida dalam bahasa Melayu. Ferum ialah besi dalam erti kata mudahnya, manakala (III) pula adalah kod spesifiknya. Warna perang tak lawa dalam karat itu ialah warna ion Ferum (III) <-- tak faham pun buat-buat le faham…hehe. Senang cerita, warna karatla tu!
So, apa kaitan benda alah karat ni dengan aku?

Kalau dah berkarat, tak lawa kan? |
Wednesday, 6 April 2011
Medic dan Mesir.
Musim-musim keluar result SPM ni, tiga-tiga course ni memang famous la diperkatakan.
Aku sendiri pun tak terkecuali. Macamlah tiga ni je kursus yang ada kat university. Bila keluar jalan-jalan ikut mak, terutamanya hari sekolah, mesti orang tanya.
“Anak ke? Tak sekolah?”
Mak pun jawabla, “Ye, anak. Baru habis SPM.”
“Oh… macam mana result?”
“Alhamdulillah, dapat semua… 11A..” Biasanya mak yang jawab. Aku sengih-sengih tayang gigi kat sebelah je.
“Alhamdulillahhh (panjang sikit harakat), Tahniah lah! Lepas ni nak ambil apa? Medic?”
Tu dia, dah keluar la dah soalan cepumas tu. Kalau tak pun cam ni.
“Doktor la ni?”
Tak pun…
“Jadilah doktor, pergi Mesir, ambil Medic. Kalau tak minat Medic, ambil Farmasi pun ok. Tak pun dentist,”
Sengih aku pun makin lebarla kat makcik-makcik tu. Dalam hati, dah mula berkata-kata, “Ceh, suka hati pulak dia nak arah-arah,”. Tapi dalam hati je lah, tak pernah terlepas kat mulut.

Sorry, sebab aku tak cinta kat kau |
Sengih aku pun makin lebarla kat makcik-makcik tu. Dalam hati, dah mula berkata-kata, “Ceh, suka hati pulak dia nak arah-arah,”. Tapi dalam hati je lah, tak pernah terlepas kat mulut.
Tuesday, 5 April 2011
Kahwin muda.
Semalam, masa tengah-tengah browse wall facebook, aku ternampak satu blog post yang dilinkkan ke wall seorang kawan yang membuatkan aku menjadi akira shock!
Blog post yang dilinkkan itu kepunyaan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang tinggal di Selatan Malaysia. Dan yang mengakira shockkan aku tu ialah ‘isu’ post tersebut ialah catatan majlis pernikahannya yang berlangsung penghujung tahun lepas. Sekarang, remaja tu dah berbadan dua dan buat masa ni hanya bersekolah di rumah. Berdasarkan blognya, aku dapat tahu bahawa dia bercita-cita nak ambil SPM jugak walaupun dah bergelar isteri.
Aku baca komen kat link tu. Rata-rata kawan aku cam terkejut gak. Tapi diorang kagum dengan ke’berani’an remaja tu. Lagi pulak dia kahwin dengan ustaz dia. Mungkin bukan ustaz yang memang mengajar dia, tapi cikgu la kat sekolah tahfiz tempat dia belajar. Ye, tahfiz. Remaja ni berpindah ke sekolah tahfiz masa Tingkatan 4, dengan hasrat nak berubah (dia sendiri yang state dalam blog dia).

Drama Korea pasal budak perempuan yang tak sabar nak kahwin! |
Sunday, 3 April 2011
Emas
Kebelakangan ini, isu dinar emas dan dirham perak semakin popular. Rata-rata ahli masyarakat berlumba-lumba untuk membeli dan memiliki mata wang ini kerana nilaian yang tinggi. Tidak kurang juga kontroversi kononnya pengeluaran dan pengenalan penggunaan dinar emas ini dalam pasaran bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Dan bermacam-macam lagi lah blah blah blah yang merepek-repek. Tapi bukan itu, isunya dalam entri ni.
Sebenarnya, saya nak berkongsi pengalaman sendiri ‘bermain’ dengan emas ni. Dah menjadi tradisi dalam keluarga saya, mak akan bagi emas sebagai hadiah pernghargaan kecemerlangan dalam peperiksaan awam. Mula-mula dulu, musykil jugak, sebab apa emas? Ye la, masa tu tak faham lagi nilainye.
Siapa tak nak, sila angkat tangan. |
Sebenarnya, saya nak berkongsi pengalaman sendiri ‘bermain’ dengan emas ni. Dah menjadi tradisi dalam keluarga saya, mak akan bagi emas sebagai hadiah pernghargaan kecemerlangan dalam peperiksaan awam. Mula-mula dulu, musykil jugak, sebab apa emas? Ye la, masa tu tak faham lagi nilainye.
Subscribe to:
Posts (Atom)